MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA
Ahad, 16 Mei 2010
Selamat Hari Guru 2010
pada hari ini 16 Mei, seluruh rakyat malaysia meraikan hari guru. di mana sahaja ada guru, maka di situlah akan lahirnya anak bangsa yang mampu menggegarkan dunia. betapa besar jasa guru. aku hari ini dihujani dengan berbagai-bagai sistem pesanan ringkas (sms) mengucapkan selamat hari guru dengan berbagai bentuk ayat dari seringkasnya sehinggalah sepanjang-panjangnya.
Di samping sms, ucapan dari sahabat handai ketika bermain tenis pagi tadi juga kuterima, terima kasih sahabat kerana mengingatiku dengan hari guru ini. Aku baru saja berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia selama 11 tahun dan pelbagai pengalaman telah kulalui bermula dengan penempatanku yang pertama pada tahun 1999. Tamat je ambik kursus induksi di Maktab Perguruan Islam, aku diterbangkan ke Sabah, negeri di bawah bayu. Bermalam di KK selama 2 malam dan diberikan surat penempatan di sana, SMK Gum Gum, Sandakan. Itulah sekolah pertamaku.
Macam-macam perasaan timbul, takut, resah, seronok, sedih...entahlah..tetapi semuanya berubah apabila aku menjejakkan kaki ke situ, alhamdulillah semuanya baik..gurunya dan pelajarnya. dua tahun sahaja aku di situ, akibat main-main isi borang tukar, dapat pindah Johor. SMK Bukit Pasir, Muar. Itulah sekolahku sekarang. Di sinilah juga aku bertemu dengan jodohku....walaupun sebelum ini aku pernah bertunang 2 kali...
Berhadapan dengan pelajar Islam sahaja tidak menimbulkan banyak masalah cuma ada masalah malas dan ponteng je...kadang-kadang aku hairan, zaman dulu bila kita mengadu dengan abah dan mak yang kita dirotan, kita akan kena rotan lagi dengan abah mak kita tetapi zaman sekarang, ada ibubapa yang menyebelahi anak-anak mereka sampai sanggup menyerang pihak sekolah akibat tidak berpuas hati dengan hukuman yang dikenakan terhadap anak mereka sedangkan bukti cukup mengatakan anaknya bersalah dan sepatutnya menerima hukuman..
Ketibaan hari guru yang ke 11 buat diriku, aku berharap aku akan dapat meneruskan perjuangan dalam mendidik pelajar-pelajar agar menjadi insan yang berguna di masa hadapan mereka kelak..Selamat Hari Guru buat seluruh warga pendidik di Malaysia dan juga untuk guru-guruku di SK Wakaf Bharu, Tumpat Kelantan, Maahad Muhamamdi Lelaki dan Maahad Muhammadi Pasir Pekan, Maktab Mahmud Alor Setar, Mutah University of Jordan, Maktab Perguruan Islam Bangi, SMK Gum Gum Sandakan dan tidak lupa warga SMK Bukit Pasir, Muar dan sahabat-sahabat guru yang mengenaliku.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan