SELAMAT MELAYARI MYBLOG

MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA

Isnin, 31 Disember 2012

Ulangtahun Perkahwinan ke 10

 pada 22 Disember lepas, genaplah 10 tahun usia perkahwinan aku dengan isteriku Erdalina. masih teringat 10 tahun lepas di rumah mertuaku di Mersing, sampai aje aku ke rumahnya, ramai sudah menunggu. Kebetulan Imam Jainuri yang menikahkan kami kenal dengan status guru agama, maka khutbah nikah pun aku yang baca. Sehinggakan rakan-rakan isteriku menyangka yang suara imam kuat bila baca khutbah sedangkan aku yang baca...
so, plan kami pi bercuti satu malam di Hotel Seri Malaysia Melaka yang terletak di Ayer Kroh. nak pi 22Disember tak sempat maka ditunda tarikhnya kepada 29 Disember. Jam 11 pagi kami jalan-jalan ke Jaya Jusco dulu, isteriku nak beli kasut sekolah. Jadi aku bayarkan kasutnya sebagai tanda hadiah ulangtahun kahwin...
Jam 4 petang baru kami check in ke Seri Malaysia dan berehat dalam bilik. Pada jam 5.30 petang baru kami keluar dari bilik dan menuju ke kolam renang. Alia dan Afif dah tak sabar-sabar nak mandi. Apalagi mandi lah.
Malamnya kami pi makan kat Restoran Malim Ikan Bakar dekat-dekat situ jugak. Member Rani dan Zue sama-sama meraikan makan malam kami...memeriahkan suasana. Kami dibelanja lagi. Alhamdulillah. Tq kat Rani dan Zue.
Esok pagi selesai sarapan, Alia dan Afif minta nak mandi lagi, bagi lah peluang kat mereka. jam 12 kami check out dan pi zoo Melaka.
 Sebenarnya semasa mandi kolam renang petang semalam 29 Disember, secara tak sengaja, isteriku terserempak dengan rakan sekolah lamanya yang dah 18 tahun tak jumpa. namanya Dzarifah...dan suaminya Mohd Nizam, serta anak-anaknya Najiha dan Nasreen...
Destinasi di Zoo Melaka, kononnya nak naik tram, tak jalan plak....berjalan la kami 3 keluarga beramai-ramai. Keluarga aku, keluarga Nizam dan keluarga Rani...petangnya kami singgah rumah Rani untuk mandi dan solat Asar dan jam 6 kami balik ke Muar.
Makan malam ni pula Isteriku pula belanja makan di Restoran Wak Jos Ikan Bakar di Sabak Awor...pekena ikan pari, sotong tepung, sayur kailan ikan masin, otak-otak, telur dadar dan air sirap. Balik umah rehat dan semuanya lepak awal akibat keletihan...kena rehat sebab esok pendaftaran pra sekolah Afif....
Terima kasih isteriku kerana terima diriku ni dan sudah 10 tahun kita melayari perkahwinan semoga berterusan dan kekal bahagia selamanya. Abang sayang Sayang, abang sayang anak-anak kita Alia dan Afif...

Rabu, 26 Disember 2012

Seronok Jika Diajar Betul

KEPUTUSAN Penilaian Menengah Rendah (PMR) sudah diketahui minggu lalu. Daripada 481,424 pelajar yang mengambil peperiksaan itu, seramai 30,474 memperolehi keputusan paling cemerlang.
Selepas PMR, mereka akan memasuki tingkatan empat tetapi ramai yang mencongak untuk mendapat tempat di sekolah berasrama penuh.

Lazimnya, pelajar cemerlang tentu mempunyai keinginan memasuki aliran sains kerana jaminan memasuki institusi pengajian tinggi selain tawaran pekerjaan lebih cerah.

Bagaimanapun, penurunan pencapaian subjek Sains dan Matematik dalam setiap peperiksaan utama setiap tahun kini menimbulkan pertanyaan.

Adakah penurunan itu bagaikan isyarat senyap bahawa dua subjek berprestij itu semakin kurang diminati hingga pelajar ‘meluahkan’ dalam peperiksaan atau kerana ketidakfahaman menjawab hingga gagal mencapai keputusan yang baik?

Selasa, 11 Disember 2012

Bertimbang Rasa Dengan Orang Bawahan

Hadith :
 
Diriwayatkan daripada Abu Dzar r.a : “ Aku mencerca seseorang dengan memanggil ibunya dengan sapaan yang buruk. Nabi Muhammad SAW bersabda kepada ku :” Ya Abu Dzar! Apakah kau mencaci maki seseorang dengan menyeru ibunya dengan sapaan yang buruk? Dalam diri mu masih tertinggal sifat-sifat Jahiliah. Pembantu-pembantu mu adalah juga saudara-saudara mu dan Allah menempatkan mereka di bawah perintah mu. Maka sesiapapun yang saudaranya di bawah perintahnya harus diberi makanan yang sama dengan yang ia makan dan diberi pakaian yang sama dengan yang ia pakai. Jangan suruh mereka mengerjakan pekerjaan di luar kemampuannya dan apabila kamu terpaksa melakukannya, bantulah mereka.”

 
(al-Bukhari) 
  
Huraian

Selasa, 20 November 2012

Hari Keluarga Ramli dan Zabidah di Endau Beach Resort

pada 16-18 November yang lepas telah diadakan hari keluarga bagi keluarga Ramli dan Zabidah..(Keluarga Mertuaku)...Hari keluarga yang pertama kali diadakan ini diadakan di Endau Beach Resort dan dikendalikan oleh adik bongsu kami iaitu Izwan dan Ain...
kami check in di resort pada petang Jumaat jam 4 petang, disambut dengan Hi-Tea dan seterusnya acara pertama ialah mandi di kolam renang...
pada malamnya pula diadakan makan secara barbeku sperti udang,sotong, ayam dan sebagainya. disulami dengan nyanyian karaoke oleh ipar dan biras2 ku...
Hari kedua selepas sarapan pagi diadakan pula acara sukaneka yang melibatkan kanak-kanak dan orang dewasa, acaranya tiup belon, lambung belon, spin and run, tiup tepung dan sebagainya. jam 10 pagi tamat. apalagi, sambung mandi la..petang bebas, kami pi pekan Mersing jap, anak-anakku sibuk minta dibelikan pelampung dan googles...
malamnya makan malam dan rehat. pagi hari ketiga pula acara bebas dengan mandi di kolam renang jam 12 makan tengahari dan check out. kami sampai di rumah jam 7 petang. semua keletihan. lepak awal, aku  plak standby, esok ada mesyuarat.... 

Khamis, 25 Oktober 2012

Perbezaan antara Cacar Air dan Kayap Ular












KITA mungkin sedia maklum tentang penyakit cacar air (chicken pox) dan kayap ular (shingles) kerana kedua-dua penyakit ini boleh dikatakan banyak berlaku di negara ini.
Dalam dunia perubatan, penyakit cacar air dan kayap ular tergolong dalam keluarga penyakit herpes yang disebabkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai Varicella Zoster Virus.
Kedua-dua penyakit ini saling berkaitan kerana pesakit yang pernah dijangkiti cacar air akan mendapat penyakit kayap ular di kemudian hari jika virus tersebut diaktifkan semula.
Pendek kata, seseorang itu tidak akan mendapat kayap ular melainkan dia pernah mendapat cacar air sebelum ini.
Pakar Perunding Dermatologi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Prof. Madya Dr. Mokhtar Nor berkata, cacar air merupakan penyakit yang berjangkit.
Penyakit ini disebarkan melalui sentuhan langsung dengan orang yang sedang dijangkiti penyakit malah orang yang mengalami jangkitan ini juga boleh menyebarkan virus tadi melalui udara apabila mereka bersin atau batuk.
``Lazimnya, cacar air mudah menjangkiti kanak-kanak atau mereka yang mempunyai daya ketahanan yang rendah malah ia juga boleh menjangkit dalam satu kelompok,'' katanya.
Dr. Mokhtar memberitahu, cacar air boleh dikesan melalui tanda-tanda awal seperti demam dua atau tiga hari sebelum timbul gelembung air di seluruh badan termasuk dalam mulut pesakit terbabit.
Beliau berkata, pada ketika itu pesakit akan mengalami demam, sakit kepala, radang tekak, sakit perut, batuk, keletihan dan kurang selera makan di samping mengalami suasana kehidupan yang tidak selesa.
``Gelembung berair akan memenuhi permukaan kulit badan dalam tempoh kira-kira lima hari sebelum ia mengering dan menjadi berkeruping. Penyakit ini akan pulih sepenuhnya kira-kira 10 hari kemudian,'' ujarnya.

Ahad, 30 September 2012

Majlis Solat Hajat Untuk PMR, SPM dan STPM

majlis tersebut telah berlangsung pada 27 September 2012 hari Khamis malam Jumaat. Bermula jam 6.30 petang pelajar ibubapa dan guru mula hadir dan mendaftarkan diri. Solat Maghrib diimamkan oleh Ustaz Mohd Hafiz manakala Solat Hajat dan bacaan Yaasin pula dikhalifahkan oleh Ustaz Auzaai. Aku pula ditugaskan untuk imamkan solat Isyak dan seterusnya menjadi pengacara majlis untuk ucapan En Zainuddin Jaini, GPK1 sekolahku dan Tn Hj Muzammil bin Ali, YDP PIBG.
Acara kemuncak ialah ceramah motivasi oleh Tn Hj Ahmad Tomami bekas Kaunselor SMK Bandar Maharani bermula jam 9 malam sehingga jam 10.30 malam. Acara diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada penceramah dan pengagihan makanan kepada ibubapa pelajar dan guru.
Terima kasih diucapkan atas kerjasama daripada semua pihak yang telah menjayakan majlis solat hajat pada tahun ini.

Selasa, 25 September 2012

Kecemerlangan Berterusan Buat MGC Muar..Tahniah!

sekalung tahniah kepada Majlis Guru Cemerlang Muar kerana telah mendapat 2 anugerah utama di Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Daerah Muar dan Ledang 2012 yang telah berlangsung di Dewan Wawasan PPD Muar pada 24 September yang lalu. Sebanyak 8 agensi telah mengambil bahagian iaitu PPD Muar, GPK 1, GPK HEM, GPK Koko, GPK Tingkatan 6, MASMA, Pendidikan Khas dan juga MGC Muar.MGC Muar telah meraih ANUGERAH EMAS 3 BINTANG manakala Pn Hjh Noor Rashidah Kasbi mendapat ANUGERAH PEMBENTANG TERBAIK.
Jangan cari la gambar aku sebab aku yang tukang ambil gambarnya....hehehehe,,,,apapun tahniah dan kekalkan dengan motto guru cemerlang kita iaitu "KECEMERLANGAN BERTERUSAN"

Rabu, 19 September 2012

Pertandingan Mencipta Laman Web / Blog

pada hari ini 19 September bertempat di Dewan Maahad Muar telah berlangsungnya pertandingan mencipta laman web / blog untuk pembimbing rakan sebaya Unit Bimbingan dan Kaunseling bagi sekolah menengah daerah Muar dan Ledang. Sebanyak 23 buah sekolah telah mengambil bahagian. dan aku pula telah dijemput untuk menjadi salah seorang hakim bagi mengadili pertandingan tersebut. Setiap sekolah yang mengambil bahagian diberi masa selama 5 minit untuk mempersembahkan blog masing-masing dan 1 minit untuk soal jawab bersama para hakim. dan hasilnya PRS SMK (P) Sultan Abu Bakar telah muncul sebagai Johan Blog Terbaik.
Tempat kedua pula telah dimenangi oleh PRS SMK Bukit Gambir.
Tempat ketiga pula dimenangi oleh PRS SMK Pei Hwa.
Tahniah kepada pemenang. SMK (P) Sultan Abu Bakar akan mewakili Daerah Muar dan Ledang ke pertandingan laman web / blog peringkat negeri Johor yang dijadualkan pada awal bulan November. Kepada yang tidak menang, jangan putus asa, teruskan dengan memurnikan lagi laman web dan blog PRS masing-masing. Mungkin tahun depan boleh mencabar pemenang ini...Belajar sesuatu daripada kekalahan...

Sabtu, 15 September 2012

Jamuan Raya Ala Pot Luck Style

pada hari Jumaat yang lepas di kantin sekolah telah diadakan jamuan sempena hari raya Aidilfitri ala 'potluck style' di mana guru membawa makanan dan minuman dari rumah untuk dikongsi bersama guru-guru yang lain. yang tak sempat tu bagi duit ajelah kat Pengerusi Kelab Guru..Mr Auzaai...aku plak main beli je kuih karipap dan cuk keria...
Pagi tu dimulakan dengan Budaya Quran dengan disambung ayat dari Surah Ali Imran yang diketuai oleh Ustaz Asri...pada mulanya giliran aku tetapi ntah kenapa selepas nazir memantau aku untuk kenaikan GC Gred tengahari semalam, aku mula hilang suara...hehe...nasib baik dah lepas pemantauan.
Ada yang bawa nasi tomato, kuih muih, nasi himpit, rendang, dalca, ayam masak merah dan bermacam lagi juadah..ini juga sempena bagi guru yang meraikan 'raya untuk puasa enam yang disempurnakan dalam bulan Syawal ini. Bagusnya dengan jamuan ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan sesama guru berbilang  bangsa dan agama serta tanpa mengira kedudukan, pangkat serta jawatan...yang penting...makan....

Isnin, 3 September 2012

Perkahwinan Adik Ipar di Mersing

pada 1 September yang lepas telah berlangsungnya perkahwinan adik ipar Norliza dengan pasangannya Nazif di Felda Nitar Satu, Mersing. Akad nikah telah dijalankan pada jam 10.30 pagi di rumah pengantin perempuan dan acara bersanding dijalankan pada hari yang sama pada jam 2 petang. cuaca pada mulanya ok dan elok akan tetapi pada jam 2.300 petang tiba-tiba berubah dengan kehadiran hujan yang sangat lebat dan angin yang sangat kencang. tetamu yang hadir bertempiaran lari meninggalkan khemah yang mungkin akan tercabut kain kanvasnya. bilal masjid yang berada di khemah dengan segera mengalunkan azan sebagai tanda perlindungan memohon dari Allah. segalanya reda dalam tempoh 20 minit. alhamdulillah tiada yang rosak dan semua tetamu selamat.
akan tetapi cadangan makan berdamai untuk pengantin yang ditetapkan pada khemah pengantin terpaksa diubah ke dalam rumah kerana kerusi dan meja di khemah tersebut basah. nasib baik makanan selamat kerana makanan bertutup dengan plastik.
tetamu mula meninggalkan rumah penganin dan segalanya berakhir pada jam 5 petang. satu pengalaman yang takkan dilupakan. kebetulan Norliza adalah ahli keluarga yang terakhir menamatkan zaman daranya dan keluarga mertuaku telah selamat menjalankan tanggungjawabnya mencarikan pasangan hidup untuk kesemua anak-anak mereka bermula dengan perkahwinan isteriku dengan ku pada 2002, abg iparku pada 2009, adik ipar bongsu dan adik ipar ketiga pada 2011 dan penamatnya adik ipar keempat pada tahun ini 2012.
Buat Norliza dan Nazif, semoga bahagia berkekalan sehingga ke anak cucu dan selamanya....

Selasa, 14 Ogos 2012

Orang Yang Bankrap di sisi Islam

Daripada Abu Hurairah RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, "Tahukah kamu siapa orang yang bankrap?" Para sahabat menjawab, "Orang yang bankrap bagi kami ialah orang yang tidak mempunyai wang dan harta". Baginda bersabda, "Ssungguhnya orang yang bankrap daripada umatku ialah orang yang datang di hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat dan dia datang dalam hal dia memaki, mencaci si fulan, tuduh-menuduh serta memakan harta kepunyaan orang lain, menumpahkan darah, membunuh orang dan memukul orang. Maka diberi kepada orang yang teraniaya pahala kebajikan orang yang menganiaya mereka. Maka jika kebajikan sebelum terbayar tanggungan kezaliman maka diambil daripada kesalahan mereka (orang yang dianiaya)  dan dibebankan ke atas (yang membuat aniaya) kemudian dicampak dia ke dalam neraka".

Sumber : JAKIM/E-Hadith

Sabtu, 21 Julai 2012

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

sempena dengan kedatangan Ramadhan kali ini, saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Beramal Ibadah kepada semua pelayar blog saya dan berharap agar dapat terus memberikan sokongan kepada saya untuk meneruskan aktiviti ini selagi ada daya saya.

Dan pada hari khamis yang lepas 19 Julai, kelab Guru dan Kakitangan sekolah saya telah menganjurkkan 'pot luck' terakhir sebelum tibanya Ramadhan. Hampir semua guru telah menyumbangkan pelbagai makanan dan minuman dan ianya dinikmati oleh semua staf dan kakitangan sekolah.
Tujuannya adalah untuk mengeratkan sillaturrahim antara staf di samping memupuk rasa ingin bersedekah dan beramal jariah dalam menyumbangkan makanan dan minuman untuk hidangan semua rakan guru dan staf sekolah. Insyaallah acara ini menjadi acara tahunan dan akan ada pula 'pot luck' versi berbuka puasa dan juga versi raya.dan acara akhir sekali ialah sesi bergambar semua guru untuk majalah sekolah...saya? cari lah ye kat mana...hehehehe..

Khamis, 5 Julai 2012

Hari Keusahawanan dan Hari Temu Bincang

pada 4 Julai yang lepas telah diadakan Hari keusahawanan dan Hari Temu Bincang. pada paginya ada sesi jualan pasaria oleh kelab dan persatuan dengan bantuan guru-guru penasihat. macam-macam yang dijual daripada makanan, kain baju dan pokok bunga...juga ada promosi Proton Preve yang dijemput khas dari Eon Bakri, Muar.
 Pada jam 9.30 pula bermula perjumpaan ibubapa dengan guru-guru di tempat-tempat yang telah dikhaskan. semuanya berakhir pada jam 12.30 tengahari.terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang terlibat dalam program sehari ini.
Ini adalah sebahagian daripada gerai yang mengambil bahagian dalam Hari Keusahawanan dan Hari Temu Bincang....

Khamis, 28 Jun 2012

Bengkel Transformasi Penerbitan Buku Teks

satu bengkel transformasi penerbitan buku teks telah diadakan pada 24-27 Jun yang lepas yang dirasmikan oleh Yang Berusaha Dr Amin Senin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan) Kementerian Pelajaran Malaysia. Bengkel ini dianjurkan oleh Bahagian Buku Teks KPM.

Seluruh peserta yang terdiri daripada berbagai latar belakang pendidikan seperti dari IPTA, IPG, dan sekolah telah dijemput untuk menghadiri bengkel tersebut di antaranya pensyarah-pensyarah, guru-guru cemerlang dan guru-guru pakar serta jurulatih utama bagi steiap negeri.
Di antara objektif program tersebut ialah :-
1- peserta dapat berkongsi maklumat berkaitan transformasi secara menyeluruh
2- BBT mendapat maklum balas daripada peserta berkaita kandungan buku teks sedia ada dan buku teks KSSM
3- BBT dapat mengumpulkan cadangan penambahbaikan aspek kandungan buku teks untuk persediaan buku teks KSSM.
Untuk aku guru cemerlang Pendidikan Islam, terdapat 10 orang guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab yang dipanggil ke bengkel tersebut. Ianya diadakaan di Crystal Crown Hotel Petaling Jaya.
Aku pergi dengan adik iparku yang ada mesyuarat Bank Rakyatnya di Hotel Ancasa.

Jadual Program adalah :
 25 Jun 2012 Isnin

Ceramah 1 - Transformasi Kurikulum Terhadap  Buku Teks Sekolah Menengah (BPK)
Ceramah 2 - Buku Teks sebagai Bahan Rujukan dalam PBS (LPM)
Bengkel 1 untuk Ceramah 1
Bengkel 2 untuk Ceramah 2

26 Jun 2012 Selasa
Ceramah 3 - Inovasi dan Kreativiti dalam Buku Teks (UM)
Ceramah 4 - Transformasi Buku Teks (UM)
 Bengkel 3 untuk ceramah 3
Bengkel 4 untuk ceramah 4

27 Jun 2012
 Majlis rumusan dan penutupan rasmi oleh Pengarah Bahagaian Buku Teks En Jami Alif . Dan pada jam 3 petang aku bertolak pulang ke Muar dan sampai di rumah dengan selamatnya...alhamdulillah...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...