SELAMAT MELAYARI MYBLOG

MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA

Selasa, 27 Julai 2010

Karnival Kokurikulum Matrikulasi ke-10

Bermula 24-28 JULAI 2010 telah berlangsungnya Karnival Kokurikulum ke-10 di Kolej Matrikulasi Johor di Tangkak, Johor. Sebanyak 14 buah matrikulasi seluruh Malaysia telah datang ke sini dan mengambil bahagian dalam beberapa acara sukan seperti tenis, bola jaring, bola tampar, bola sepak dan bola keranjang. Aku telah dijemput bersama rakan-rakan tenis aku untuk membantu pihak KMJ dari segi kepengadilan. Antara yang terlibat ialah aku, Zainal Fitri, Zainal Esa, Ramlan, Fahmi, Zainizam, Sulaiman, Saidi dan Adnan. Semuanya dari daerah Muar dan Segamat.


Dengan kata lain, kami  ni kena jadi pengadil lah untuk acara tenis. Di KMJ ada 4 gelanggang untuk tenis. 2 kita khususkan untuk perempuan dan 2 lagi untuk lelaki, Antara kategori yang dipertandingkan ialah Perseorangan Lelaki, Perseorangan Perempuan, Beregu Lelaki dan Beregu Perempuan. Ini adalah kali kedua kami dijemput menjadi pengadil tenis kerana pertama kali kami dijemput ialah pada karnival yang sama di sini juga pada tahun 2005.

Disini sempat aku sertakan beberapa aksi menarik yang sempat aku rakamkan semasa kejohanan.
Acara tenis yang melibatkan Afiq, anak kepada sahabat baik kami En Zainal. Go go Afiq...
Wah, lompatan yang baik untuk melakukan satu rejaman yang tajam..aksi bola tampar..
Yang ini pula aksi bola jaring. gambar-gambar ini sempat aku rakamkan kerana 'venue' bola tampar dan bola jaring berdekatan dan bersebelahan dengan tenis, jadi ada masa terluang tu, ambil peluang ronda-ronda la..
tahniah KMJ kerana berjaya menganjurkan kejohanan sebegini demi kepentingan sukan di Malaysia.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...