SELAMAT MELAYARI MYBLOG

MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA

Rabu, 30 Jun 2010

Keadaan Seseorang Ketika Sampai Ajal

Hadith :
Dari Anas r.a katanya: "Rasulullah s.a.w telah masuk menziarahi seorang pemuda yang sedang berada dalam keadaan hampir mati, lalu bertanya kepadanya: "Bagaimana Keadaanmu?" Pemuda itu menjawab: "Aku berharap kepada (rahmat) Allah - Ya Rasulullah! - dan aku takutkan (balasan buruk) dari sebab dosa-dosa ku". Mendengarkan yang demikian, Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak berhimpun dalam hati seseorang dua perkara itu (harap dan takut) pada saat yang seperti ini, melainkan Allah memberikannya apa yang diharapkan dan menyelamatkannya dari apa yang ditakuti."

 
Anas r.a


Isnin, 28 Jun 2010

Program Bulan Teknik dan Vokasional 2010

pada 28 Jun Isnin telah dilancarkan bulan Teknik dan Vokaisonal bagi peringkast sekolah aku untuk selama 1 bulan. Pada perhimpunan rasmi, pengetua dengan berbesar hati telah merasmikan program tersebut. Tema tahun ini ialah "Pendidikan Teknikal Pemangkin Pembangunan Modal Insan".
 Perasmian oleh pengetua dengan menanam pokok hiasan di hadapan pelajar perhimpunan rasmi sekolah.
Juga dilakukan acara pembentangan kain rentang sempena bulan Teknik dan Vokasional.

Khamis, 24 Jun 2010

Friday Prayer

Narrated Abu Huraira:
Allah's Apostle (p.b.u.h) said, "Any person who takes a bath on Friday like the bath of Janaba and then goes for the prayer (in the first hour i.e. early), it is as if he had sacrificed a camel (in Allah's cause); and whoever goes in the second hour it is as if he had sacrificed a cow; and whoever goes in the third hour, then it is as if he had sacrificed a horned ram; and if one goes in the fourth hour, then it is as if he had sacrificed a hen; and whoever goes in the fifth hour then it is as if he had offered an egg. When the Imam comes out (i.e. starts delivering the Khutba), the angels present themselves to listen to the Khutba."

Isnin, 21 Jun 2010

Teknik Memuji Yang Berkesan

Manusia mudah nampak keburukan seseorang tetapi kurang peka dengan kebaikan yang ditunjukkan.  Sebab itulah ibu bapa lebih banyak menegur, memarahi dan menasihati kesilapan anak-anak mereka berbanding memuji kebaikan-kebaikan mereka.  Seorang ketua lebih kerap menegur orang bawahannya berbanding memuji kebaikan yang ada.  Seorang sahabat bermasam muka dengan kesilapan sahabatnya dan lupa kebaikan-kebaikan yang dicurahkan selama ini.
Kalau kita mahu lahirkan seorang insan cemerlang sama ada dia seorang anak, rakan mahukan orang bawahan maka kita perlu suburkan kebaikan dalam diri mereka.  Salah satu cara menyuburkan kebaikan ialah dengan memuji kebaikan-kebaikan yang telah dilakukan agar mereka seronok mengulangi lagi kebaikan ini dilain masa.  
Berikut adalah cara memuji yang berkesan:
1.      Disegerakan
Pujian mestilah disegerakan dan paling berkesan ialah ketika sesuatu kebaikan itu sedang dilakukan.  Misalnya kalau kita lihat anak kita tiba-tiba datang rajinnya menolong kita di dapur sedangkan selama ini bila dipaksa baru mahu buat maka pujilah sedikit anak itu, “Haaa… macam ni lah anak mak, cepat kerja-kerja ni siap bila adik mahu bantu mak”.  Ia akan lebih berkesan lagi apabila ketika itu ada juga orang lain selain kita di situ.  
2.      Ikhlas dari hati
Orang dapat membaca sejauh mana kita ikhlas apabila memuji mereka.  Oleh itu, biarlah puji-pujian itu datang daripada hati agar ia benar-benar dihargai.  Jangan memuji dengan nada menyindir kerana ia akan menyakitkan hati orang tersebut.   Kalau orang yang dipuji itu berada hampir dengan kita tepuk-tepuklah bahunya sedikit sebagai bukti kita benar-benar seronok dengan tingkah lakunya.
3.      Puji secara spesifik
Puji-pujian pula biarlah dibuat secara spesifik bukan secara umum.   Misalnya, apabila anak kita tunjukkan sebuah lukisan yang dihasilkannya, tidak cukup dengan berkata “wahh, cantik lukisan adik!”.   Tetapi nyatakanlah dengan lebih specifik apa yang cantiknya, misalnya “wahh, cantik lukisan adik! Mak suka adunan warna yang adik gunakan”.   Atau pun “wahhh, cantik pokok yang adik lukis dalam gambar ini”.   Begitu juga apabila anak kata dia ada peningkatan dalam markah yang diperolehi dalam peperiksaan baru-baru ini.  Sebagai ibu bapa, kita minta anak tunjukkan markah-markah itu dan kita puji secara spesifik.  Misalnya, “Syabas, kakak dah ada peningkatan dalam markah Sejarah dan Matematik.  Bahasa Inggeris ni pula tidak mengapa, teruskan lagi usaha kakak seperti yang kakak lakukan dalam dua subjek tadi”.  Apabila kita memuji secara spesifik maka orang yang dipuji tahu bahawa kita memang memberikan perhatian terhadap apa yang mereka tunjukkan.  Mereka juga sedar bahawa puji-pujian tersebut bukan sekadar untuk ambil hati.
4.      Realistik dan tidak keterlaluan
Adalah penting bagi kita memuji sesuatu yang benar dan bukan atas sesuatu yang sengaja kita ada-adakan.   Jangan juga memuji dengan cara yang keterlaluan hingga ketara yang pujian itu sengaja dibuat-buat.   Yang penting adalah bersederhana dalam memuji agar orang yang dipuji itu tidak rosak akhlak dan peribadinya kerana termakan pujian.   Berkata benarlah dalam mengeluarkan puji-pujian kerana ia melambangkan keluhuran hati kita sendiri.
5.      Tidak disulam dengan kata-kata negatif
Apabila memuji jangan disusuli pula dengan ungkapan-ungkapan yang negatif. 
Misalnya:
“Amboi, kemasnya bilik adik sekarang, alangkah baiknya kalau sejak dulu lagi macam ini”.  
Kata-kata ‘alangkah baiknya kalau sejak dulu lagi macam ini’ itu adalah kata-kata negatif yang tidak sepatutnya diungkit lagi ketika memuji.
“Macam ni lah yang saya mahukan dari pekerja saya, hasilkerja yang kemas dan rapi tapi jangan setakat seminggu dua sudahlah”.  
Kata-kata ‘tapi jangan setakat seminggu dua sudahlah’ adalah negatif.
Kalau sudah dipuji tu puji sahajalah dan tidak perlu untuk mengungkit atau mengandaikan perkara yang buruk-buruk lagi.  Sebab setiap pujian yang disulam dengan kata-kata negatif menunjukkan bahawa kita tidak seratus peratus ikhlas.  Lebih malang lagi orang yang dipuji itu tidak akan mengulangi kebaikan yang dilakukan kerana merasakan kebaikan tersebut tidak dihargai.   Tidak ada sesiapa pun yang tidak suka dipuji oleh itu kita sebenarnya bertindak bijak dengan memberikan apa yang mereka harapkan lebih-lebih lagi jika kita seseorang yang lebih dihormati oleh mereka.

Jumaat, 18 Jun 2010

Jalan-jalan Ntah Cari Apa...


hehehe..itu sekadar tajuk je..balik kampung kali ini agak sibuk sikit dengan menanda kertas jawapan peperiksaan pertengahan tahun dan juga menguruskan borang kemasukan adik aku ke Kolej Poly Tech Mara Ipoh dalam jurusan Multimedia (Diploma). Jadi sempat jugaklah berjalan-jalan meronda sekitar Ipoh dan akhirnya tersinggah ler kat Jusco Ipoh. Makan tengahari dulu kat 'food court' dan pusing-pusing. Isteriku sibuk dok mencari 'handbag' baru, yang lama dah hampir rosak..ok...cari punya cari takda yang berkenan di hati.

Kat Jusco ni pun kehangatan bola Piala Dunia juga terasa dengan bermacam jenis bendera negara yang mengambil bahagian dan bola dari sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya..teruja Afif tengok bola besar.....kami pulang ke Muar pada pagi Khamis jam 10 pagi dan sampai rumah jam 5 petang....trafik lancar cuma aku yang agak keletihan...yang penting selamat sampai...Alhamdulillah..

Sabtu, 12 Jun 2010

PEPERIKSAAN PTK SESI 1 JUN 2010


pada 10 Jun lepas aku telah menjalani peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) untuk Sesi 1 Jun 2010. Aku mengambilnya di Sekoah Tinggi Muar bersama-sama dengan rakan-rakanku yang lain. aku mengambil kertas 703/01 dan 703/02 untuk TK3 DG44. Ini merupakan kali kedua aku mengambilnya. tahun lepas ambil dah tapi dapat 2-3 aje...hehhehe..harap ada peningkatan pada tahun ni. Persediaan biasa aja. Isteriku pertama kali mengambil PTK TK1 untuk DG41. Berhabisan dibacanya semua buku. Kudoakan berjaya lah semuanya.

Balik aje rumah selepas habis peperiksaan, aku mendapat satu panggilan telefon dari pihak sekolah. aku terkejut sebab dah rancang nak balik kampung di Sungai Siput Utara, Perak pada petang tersebut.Apahal pulak yang berlaku, jangan rancangan nak balik Perak petang ni tak jadi? Aduhai...

Khamis, 10 Jun 2010

Zina oh zina!


KEBEBASAN sesuatu yang dicari manusia, tetapi yang menakutkan ialah kebebasan membuatkan manusia terbabas. Bebas daripada ikatan agama, menjadi seperti haiwan tiada sebarang kawalan, membujur lalu melintang patah.

Kehidupan remaja yang sebegini amat dibimbangi. Remaja adalah harapan segalanya, harapan bangsa, agama dan negara. Baik remaja cemerlanglah masa depan negara, rosak mereka kelamlah masa depan.

Bebas dalam pergaulan amat dibimbangi. Lelaki perempuan jika sudah tiada batasan dalam pergaulan amat ditakuti terjerumus dalam kancah maksiat.

Berkawan memang boleh untuk belajar, berkenalan dan bersembang tetapi jangan sampai tidak terkawal. Islam dengan lengkap menunjukkan jalan dan batasnya.

Ahad, 6 Jun 2010

Zakat Itu Wajib...

Narrated Abu Huraira:
The Prophet said, "(On the Day of Resurrection) camels will come to their owner in the best state of health they have ever had (in the world), and if he had not paid their Zakat (in the world) then they would tread him with their feet; and similarly, sheep will come to their owner in the best state of health they have ever had in the world, and if he had not paid their Zakat, then they would tread him with their hooves and would butt him with their horns." The Prophet added, "One of their rights is that they should be milked while water is kept in front of them." The Prophet added, "I do not want anyone of you to come to me on the Day of Resurrection, carrying over his neck a sheep that will be bleating. Such a person will (then) say, 'O Muhammad! (please intercede for me,) I will say to him. 'I can't help you, for I conveyed Allah's Message to you.' Similarly, I do not want anyone of you to come to me carrying over his neck a camel that will be grunting. Such a person (then) will say "O Muhammad! (please intercede for me)." I will say to him, "I can't help you for I conveyed Allah's message to you."

Khamis, 3 Jun 2010

CARA MENDIDIK ANAK....


Ramai yang merasakan bahawa mendidik anak-anak untuk cemerlang memerlukan ilmu keibubapaan yang mendalam. Sebenarnya apa yang anda perlukan ialah naluri kemanusiaan. Sekiranya anda cuba memahami kenapa seseorang anak melakukan atau bertindak dalam sesuatu perkara maka lebih mudah untuk anda merangka penyelesaian dan memikirkan pendekatan terbaik menangani dan menasihati mereka. Cara terbaik ialah meletakkan diri anda ditempat mereka dan tanya diri sendiri kenapa aku melakukannya begini.

Satu perkara yang anda perlu faham tentang tingkahlaku ialah:
‘Semua tingkahlaku adalah untuk kebaikan diri sendiri’
Mungkin tingkahlaku anak-anak anda tidak seiring dengan adab sopan, peraturan atau disiplin tetapi percayalah mereka melakukannya kerana ada sesuatu yang mereka cari untuk kepuasan diri mereka sendiri. Setelah anda memahami ‘hukum’ ini maka anda perlu memikirkan sama ada anak perlu dipuji atau perlu dihukum. Dua perkara ini sangat penting dan perlu dilakukan dengan berkesan agar ia melahirkan anak-anak yang positif mindanya.

Isnin, 31 Mei 2010

Belajar, mengajar lebih seronok


BAYANGKAN situasi ini. Sebuah kelas hingar bingar, pelajar berhimpit tidak selesa, guru yang sedang mengajar di depan tidak diendahkan manakala suasana persekitaran diselubungi bau kurang menyenangkan meskipun kipas ligat berputar.
Pelajar merungut kerana kurang diberi perhatian manakala guru gagal melaksanakan proses pembelajaran dengan baik kerana kekurangan tenaga bagi memantau kira-kira 40 pelajar.

Khamis, 27 Mei 2010

Ciri-ciri Orang Munafik


Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.

Rabu, 26 Mei 2010

Majlis Ramah Mesra TPM Dengan Warga Pendidik Muar Ledang 2010


pada 26 Mei yang lepas, Selasa, telah berlangsungnya Majlis Ramah Mesra Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato Hj Muhyiddin Hj Mohd Yasin dengan warga pendidik seluruh daerah Muar dan Ledang di Kompleks Sukan Pagoh. Majlis ini diadakan sempena dengan sambutan hari guru pada tahun ini bagi Muar dan Ledang.

Isnin, 24 Mei 2010

Multaqa Guru Pendidikan Islam dan J-Qaf Muar/Ledang 2010


Tuan Penceramah Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (STC) sedang mendengar ucapan wakil PPD dan di sebelahnya ialah Penolong Pengarah Bahasa Arab JPNJ Ustaz Md Hanafi.

Sabtu, 22 Mei 2010

Jejak Kasih 13 Tahun


apabila aku dapat tahu yang sahabat aku nak datang Muar bagi ceramah iaitu Ustaz Hasrizal, aku mencongak dalam kepala untuk mengajak beliau dan pasukan STC nya bermalam di rumah aku sahaja. Alhamdulillah beliau bersetuju. Jadi malam tadi jam 1 pagi beliau dan pasukannya sampai di rumahku. Ya Allah hampir 13 tahun tak berjumpa sejak aku graduasi dari Mutah Universiti of Jordan pada tahun 1997. Jadi kesempatan berjumpa kami saling bertukar cerita dan pengalaman. Beliau pernah berkhidmat sebagai Imam di Ireland Utara sebelum kembali bertugas di Malaysia sebagai konsultan dan pakar motivasi serta beliau juga seorang ustaz yang berjaya. banyak kenangan kat Mutah sekitar 1993-1997 kami bongkarkan dan terkenang kembali masa belajar. Dalam gambar ialah dari kiri ialah Danial (PA), aku, Hasrizal, Syakir dan Zul.

Khamis, 20 Mei 2010

Kajian Tindakan Pendidikan Islam/Bahasa Arab 2010


pada 20 Mei 2010, hari Khamis telah berlangsungnya Pembentangan Kajian Tindakan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab untuk Zon 1 bagi daerah Muar, Segamat dan Batu pahat di SK Batu Anam, Segamat. Sebanyak 10 orang peserta telah mengambil bahagian bagi memilih wakil zon ke pembentangan Kajian Tindakan antara zon negeri Johor pada tahun ini. Muar telah diwakili oleh aku (Pendidikan Islam Menengah - Tajuk Rukun Haji dan Wajib Haji guna Kod Jari Ringkas), Ustaz Abd Ghani (Pendidikan Islam Rendah - Gurindam Jawi - GURAWI) dan Ustaz Iskandar (Bahasa Arab Rendah - Tajuk Tajul Ariffin - Mahkota Orang Yang Berilmu). Alhamdulillah semua wakil dari Muar telah mendapat tempat pertama bagi kategori masing-masing. tahniah buat pemenang, tahniah juga buat pasukan GC Pendidikan Islam Muar yang membantu, juga terima kasih buat Bekas Penolong PPD Muar Pendidikan Islam Ustaz Hanafi dan juga Penyelia Pendidikan Islam Muar Ustaz Hussin.

Seminar Bina Negara Guru Cemerlang Guru Pendidikan Islam Johor 2010


pada hari semalam iaitu 19 mei telah berlangsungnya Seminar Bina Negara GC GPI yang telah diadakan di Kem Biro Tatanegara di Kem Gunung Pulai. Seminar ini dujalankan sehari bermula jam 8 pagi dengan pendaftaran. Kami yang datang dari Muar mula bergerak dari Tol Pagoh seawal jam 6.15 pagi. Di antara peserta GC GPI Muar yang telah terlibat ialah aku sendiri, Ustaz Abd Ghani, Ustaz Mujib, Ustaz Aswandi, Ustaz Amran dan Ustaz Azemee. Manakala di kalangan ustazah pula iaitu Ustazah Suhaila, Ustazah Faridah, Ustazah Surianna dan Ustazah Zainura. Kami pergi dengan dua kereta.

Selasa, 18 Mei 2010

Hari Guru SMKBP


pada hari semalam 17 Mei, pihak sekolah telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Acara bermula jam 9 pagi dengan perarakan masuk semua guru diketuai oleh Pengetua diiringi dengan paluan kompang ke Dewan Blok F. Aku dipertanggungjawabkan dengan membaca doa. setelah selesai GPK Hem En Ahmad Lutfee membacakan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran manakala GPK 1 En Zainuddin Jaini membacakan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia.

Ahad, 16 Mei 2010

Selamat Hari Guru 2010


pada hari ini 16 Mei, seluruh rakyat malaysia meraikan hari guru. di mana sahaja ada guru, maka di situlah akan lahirnya anak bangsa yang mampu menggegarkan dunia. betapa besar jasa guru. aku hari ini dihujani dengan berbagai-bagai sistem pesanan ringkas (sms) mengucapkan selamat hari guru dengan berbagai bentuk ayat dari seringkasnya sehinggalah sepanjang-panjangnya.

Di samping sms, ucapan dari sahabat handai ketika bermain tenis pagi tadi juga kuterima, terima kasih sahabat kerana mengingatiku dengan hari guru ini. Aku baru saja berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia selama 11 tahun dan pelbagai pengalaman telah kulalui bermula dengan penempatanku yang pertama pada tahun 1999. Tamat je ambik kursus induksi di Maktab Perguruan Islam, aku diterbangkan ke Sabah, negeri di bawah bayu. Bermalam di KK selama 2 malam dan diberikan surat penempatan di sana, SMK Gum Gum, Sandakan. Itulah sekolah pertamaku.

Jumaat, 14 Mei 2010

Surat Kenaikan Pangkat Gred DG44


alhamdulillah pada hari ini 14 Mei aku menerima surat kenaikan pangkat PPPS Gred DG41 ke Gred DG44 (KUP) sebagai Guru Cemerlang di Kementerian Pelajaran Malaysia. Aku sebenarnya telahpun memangku GC DG44 sejak tarikh lantikan aku iaitu 25.8.2008. dan surat kenaikan pangkat ini juga berkuatkuasa tarikh yang sama dengan lantikan aku sebagai GC iaitu 25.8.2008. Aku akan bekerja sebagai guru dengan lebih dedikasi dan penuh rasa komitmen dan tanggungjawab yang tinggi bagi memastikan anak-anak didikku berjaya dalam hidup mereka.

Rabu, 12 Mei 2010

BIarlah Kehadiran Anda Dirasai


Biarlah kehadiran anda dirasai!

Oleh WAHID HASHIM
Pendidikan@utusan.com.my

HARI guru pada tahun ini disambut dalam suasana yang cukup berhemah. Sambutan besar-besaran di peringkat sekolah mungkin tidak perlu - tetapi ia tetap perlu diadakan juga. Masih ada murid yang mahu meraikan dan menghargai jasa anda. Sekurang-kurangnya anda perlu membuat sesuatu supaya kewujudan dan kerja anda dirasai.

Al-Mukadimah, banyak cabaran yang menanti guru bagi yang mengikuti perkembangan pendidikan semasa. Harapan yang diletakkan di bahu guru bukan sahaja daripada kelompok pelanggan iaitu ibu bapa, tetapi juga pembuat dasar, iaitu kerajaan.

Bagi yang telah memenuhi tuntutan Bai'ah, anda bolehlah tersenyum pada Hari Guru ini.

Isnin, 10 Mei 2010

Karnival Sukan Agensi 2010



pada 8 Mei yang lepas, pejabat daerah Muar telah menganjurkan Karnival Sukan Agensi daerah Muar 2010 di mana telah diadakan pertandingan sukan antara jabatan kerajaan Muar yang melibatkan sukan seperti tenpin bowling, bolatampar, bola jaring, sepak takraw dan badminton. aku, chemad, kak shidah, hambali dan ghaffar telah dipilih untuk bermain tenpin bowling bagi mewakili pejabat pelajaran daerah Muar. Shahrizan dan isteri Ghaffar pula telah dipilih sebagai jurulatih dan pengurus pasukan. Tenpin bowling diadakan sebanyak 2 blok...iaitu blok pagi dan petang. dan keputusannya ialah JPJ telah muncul sebagai johan, JKR /JPS sebagai naib johan dan PPD Muar (team aku lah) mendapat tempat ketiga.Tahniah buat para pemenang...

Sabtu, 8 Mei 2010

Happy Mother's Day...


Narrated Abu Huraira:

A man came to Allah's Apostle and said, "O Allah's Apostle! Who is more entitled to be treated with the best companionship by me?" The Prophet said, "Your mother." The man said. "Who is next?" The Prophet said, "Your mother." The man further said, "Who is next?" The Prophet said, "Your mother." The man asked for the fourth time, "Who is next?" The Prophet said, "Your father. "

Buat ibuku yang berada di Perak...buat Ibu Mertuaku di Johor....dan tak lupa buat Ummuafif..ibu kepada anak-anak kita.....SELAMAT HARI IBU....aku sayang semua...

Rabu, 5 Mei 2010

Kem Pengukuhan Solat 2010


Pada hari ini 5 Mei 2010, MAKDIS sekolah yang diterajui oleh Ustaz Muhd Asri telah mengadakan Kem Pengukuhan Solat bagi 40 orang pelajar yang dipilih dari tingkatan dan dua. Program ini telah dirasmikan oleh GPK 1 En Zainuddin bin Jaini. Semua guru agama dan guru bimbingan dan kaunseling terlibat. aku sendiri terlibat dalam menyampaikan ceramag yang bertajuk "Solat membentuk peribadi muslim agung". Pagi dimulakan dengan ucapan perasmian dan diikuti dengan solat sunat taubat, dhuha dan qadha subuh. Seterusnya slot ceramah 1 yang disampaikan oleh Ustaz Saiful(akulah tu) dan Ustaz Asri yang menyampaikan ceramah mengenai bacaan dalam solat. Apa yang diharapkan agar program ini akan memberikan kesedaran kepada pelajar tentang betapa pentingnya ibadat solat dalam kehidupan kita seharian..

Ahad, 2 Mei 2010

Pahalanya Tetap Ada


Abu Hurairah r.a menerangkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “ Seorang lelaki berkata : “Demi Allah saya akan memberi sedekah. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkannya di dalam tangan pencuri. Maka pada paginya, orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : “ Telah diberi sedekah kepada pencuri. Si pemberi itu berkata : “Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah, saya akan sedekahkan satu sedekah lagi. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan wanita penzina. Pada pagi hari itu orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : “Telah diberikan sedekah kepada wanita penzina. Orang tersebut berkata : “Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah saya akan memberikan satu sedekah lagi. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan orang kaya. Pada pagi hari itu orang ramai memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : “Telah diberikan sedekah kepada orang kaya. Orang itu berkata : “Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian terhadap si pencuri, si penzina dan terhadap si kaya. Kemudian datanglah seseorang kepadanya dalam tidurnya lalu berkata kepadanya : “Sedekah mu kepada si pencuri, mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada mencuri, manakala kepada wanita penzina mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada berzina dan orang kaya mudah-mudahan ia akan mengambil ibarat lalu menafkahkan sebahagian harta yang telah Allah berikan kepadanya.”

(al-Bukhari dan Muslim)


Sumber : E-Hadith

Huraian
Sesungguhnya sedekah yang diberikan dengan niat yang baik akan diterima Allah walaupun tidak jatuh pada orang yang selayaknya.

Jadi biasakanlah diri kita dengan bersedekah samada kepada anak yatim, fakir atau miskin ataupun ke saluran-saluran yang sepatutnya seperti masjid dan kutipan derma. Insyaallah ganjarannya di sisi Allah. Bersedekah juga merupakan salah satu tanda kita bersyukur. Allah berfirman " Sekiranya engkau bersyukur atas nikmatku maka akan aku tambahkan nikmat ke atas mu, dan sekiranya kamu kufur akan nikmatku maka ingatlah sesungguhnya azab seksa aku amat pedih". Renung-renungkanlah...

Rabu, 28 April 2010

Selamat Hari Lahir Ke-2 Afif Danial


hari ni hari lahir anak kedua aku Afif Danial. kebetulan plak hari ni rabu , sekolah ada ko kurikulum sampai jam 4.30 petang. kalau ikutkan letih tetapi demi anak ku gagahkan jua..lepas solat asar, kami semua keluar, ambik telefon TM dan pi beli KFC dan kek...balik makan kat rumah je..

Selasa, 27 April 2010

Bahaya Aids...


Dalam surah Al -Baqarah ayat 207 yang maksudnya: "Wahai orang yang beriman ! Masuklah kedalam Islam keseluruhannya dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan,sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu."

Penyakit Aids berpunca dari VIRUS yang menyerang dan melumpuhkan sistem pertahanan badan manusia (darah putih) sekiranya sistem pertahanan badan dilemahkan dengan virus aids menjadikan orang tersebut akan hilang daya tahan. Seterusnya terdedah kepada berbagai penyakit, lama kelamaan pengidapnya akan menghadapai keadaan yang amat buruk dan boleh membawa kepada kematian.

Aids merebak melalui saluran yang diharamkan oleh Islan,iaitu melalui hubungan jenis lelaki sama lelaki (HOMOSEKS) zina,pelacuran,berkongsi jarum suntikan oleh penagih dadah. Lebih mudah merebaknya aids ialah didalam masyarakat yang sedang menghadapi keruntuhan akhlak,dan masyarakat yang membelakangkan akidah dan syariat Allah swt.

Ahad, 25 April 2010

Hari Anugerah Kecemerlangan dan Mesyuarat Agung PIBG 2010


Pada 24 April lalu telah berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG dan Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik Kali ke 23 tahun 2010 di sekolahku. Telah diadakan acara penyampaian hadiah dan anugerah kepada para pelajar PMR , SPM dan STPM yang telah mendapat keputusan yang cemerlang pada peperiksaan awam tersebut bagi tahun 2009. Juga diadakan mesyuarat agung PIBG dan juga Hari Terbuka kali pertama bagi tahun 2010 ini.

Sambutan dari ibubapa amat menggalakkan dan perjalanan majlis begitu lancar sekali dan berakhir sekitar jam 12.30 tengahari. Mesyuarat Agung tersebut telah dirasmikan oleh YB Dr Sharudin iaitu ADUN JORAK.


Inilah wajah-wajah ceria para penerima anugerah dan merekalah bakal-bakal pemimpin di masa depan. Teruskan usaha anda demi agama,keluarga,bangsa dan negara tanahair Malaysia tercinta

Sabtu, 24 April 2010

Rumah Jiran Terbakar


Pada jam 1 pagi 22 april, aku dikejutkan dengan bunyi hanfon aku, tertera nama kawan, terfikir kenapa plak jam 1 pagi tepon aku..dah takda hari siang ke. bila ku angkat dia kata...cikgu bawa keluarga keluar rumah, umah jiran terbakar. aku pun dengan tenangnya memberitahu isteriku untuk gerak alia dan afif, terus keluar. sempat aku amik hanfon, beg duit, buku bank dan sijil2..letakkan dalam kereta, bawak kereta keluar. aku lihat umat jiran aku, cikgu jugak sedang terbakar. kiranya selang sebuah rumah dengan rumah aku.bomba baru sampai.aku hantar keluarga aku pi lepak umah pengasuh. alia dah mula ketakutan. segalanya berakhir jam 3 pagi. agak lama nak dipadamkan kerana kebetulan siang hari tadi memang tiada bekalan air, kerja2 maintenance SAJ.
jam 3 semua masuk tidor, jam 6.30 plak jiran tekan loceng pintu umah aku,beritahu aku...api ada lagi..terus tepon bomba.dalam 10minit dia sampai dan katanya terbakar lagi ni di kawasan tangki air...getah tu...jam 8 setel semua...habis semua barang2 nya tak dapat diselamatkan...tuan rumah sempat menyelamatkan dirinya dan kereta honda beliau.syukur semua selamat...buat akak...sabar lah ya...

Rabu, 21 April 2010

Perlukah pendidikan seks di sekolah?


Pendidikan seks tidak perlu dijadikan sebagai satu subjek khas di sekolah-sekolah kerana ia terdapat dalam ajaran agama Islam, kata Tun Dr. Mahathir.

Subjek khas mengenai seks tidak perlu tetapi memadai menjelaskannya melalui cara yang baik supaya anak-anak faham dan tidak mudah terpengaruh dengan nafsu.

Perkara-perkara yang mengajar tentang disiplin dan mengawal nafsu boleh dimasukkan dalam mata pelajaran Agama Islam kerana ia sebahagian daripada ajaran Islam.

Akibat tidak mengawal nafsu, bayi dibuang dalam tong sampah dan kerana itu dalam pembelajaran agama Islam perlu ditekankan tentang pentingnya pengawalan nafsu.

Sabtu, 17 April 2010

Kalau Mencari Teman...



Islam merupakan agama yg lengkap dalam semua aspek kehidupan sama ada dr segi ilmu
pengetahuan, ekonomi, politik dan juga sosial. Oleh itu, dalam kehidupan sosial, kita telah disediakan beberapa garis panduan yg kalau diikuti boleh mendatangkan kebaikan dan menghindarkan keburukan.

Contoh kehidupan bersosial ialah soal mencari sahabat. Kita dinasihatkan supaya berhati-hati memilih sahabat kerana Islam menegah kita mancari sahabat yg boleh membawa kpd kemungkaran seperti firman Allah s.w.t. dalam surah Kahfi ayat 29 yg bermaksud :

"Janganlah engkau mengikuti orang yg telah Kami lupakan hatinya utk mengingat-ingat
(berzikir) pada Kami dan ia suka mengikuti hawa nafsunya."

Sekiranya kita memilih sahabat yg terlalu cintakan dunia dan mementingkan hawa nafsunya, sahabat itu akan merugikan kita. Malah, lambat-laun, kita mencari sahabat yg soleh yg paling ingat-mengingati ke jalan yg diredhai oleh Allah s.w.t. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis yg bermaksud :

"Seseorang itu menurut agama (aturan) kekasihnya, maka oleh sebab itu baiklah seseorang dr kamu semua itu meniliti orang yg dikasihi."

Dalam mencari teman dalam erti kata yang sebenar, perlulah penelitian dibuat agar tidak terjebak dengan unsur-unsur negatif yang akan merugikan kita. Tepuk dada tanya iman..

Khamis, 15 April 2010

Kewajaran Mewajibkan Pelaksanaan Ujian Saringan Hiv Kepada Bakal Pengantin



Tarikh Keputusan : 23 Jun, 2009
Tarikh Mula Muzakarah : 23 Jun, 2009
Tarikh Akhir Muzakarah : 25 Jun, 2009
Oleh : Muzakarah Kali Ke-87

Keputusan

Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa ujian saringan HIV kepada setiap pasangan yang hendak berkahwin wajib dilaksanakan sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan mudarat yang lebih besar kepada pasangan dan keturunannya.


Muzakarah juga bersetuju mencadangkan supaya usaha bersungguh-sungguh dilakukan kearah mewujudkan undang-undang induk di semua negeri bagi memperkukuhkan pelaksanaan ujian saringan HIV ini pada masa-masa akan datang.

sumber : E-Fatwa

Ulasan..

Perkahwinan merupakan satu perkara yang amat penting dalam kehidupan manusia dan ianya adalah detik permulaan bagi pasangan suami isteri bagi melayari alam rumahtangga. Bagi diri aku sendiri yang telahpun melangsungkan pernikahanku dengan pasangan pilihanku pada 22 Disember 2002, ianya adalah detik manis dalam hidupku.

Kembali kepada ujian saringan HIV, aku yang sememangnya bekerja di Johor, tertakluk dengan undang-undang yang telah ditetapkan. Perasaan bercampur baur apabila melangkah kaki ke klinik untuk ujian. Bukan apa, takut kan jarum aje. Bagi aku, keputusan tentunya kita dah tahu sebab kita tahu siapa diri kita sendiri. Mungkin akan terjadi sebaliknya kalau ianya berlaku akibat pemindahan darah atau sebagainya.

Alhamdulillah semuanya negatif..bagi sang teruna dan dara, jangan takut. Ujian ini hanya saringan dan lakukanlah dengan hati yang redha dan terbuka demi masa depan anda. Insyaallah Allah bersama dengan orang yang benar...Amin..

Isnin, 12 April 2010

Ablutions (Wudu')


Narrated Abu Aiyub Al-Ansari:

Allah's Apostle said, "If anyone of you goes to an open space for answering the call of nature he should neither face nor turn his back towards the Qibla; he should either face the east or the west."

Kadang-kadang manusia itu akan lupa apabila dah terdesak. jadi ingatlah semua apabila menyahut seruan 'hajat' walau di mana anda berada...

Sabtu, 10 April 2010

Kejohanan Bowling Hari Polis 2010

Pada 10 April 2010 Sabtu Jam 10 pagi di Muar Perfect Bowl telah diadakan kejohanan Tenpin Bowling Sempena Hari Polis. Ianya dianjurkan oleh Maktab Teknik PDRM Bakri. Kejohanan ini dijalankan antara jabatan-jabatan kerajaan daerah Muar dan antara yang mengambil bahagian ialah maktab teknik PDRM, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pengangkutan jalan, Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Jabatan Pengairan Saliran, Jabatan Agama Islam dan banyak lagi. hasilnya 20 pasukan dibentuk yang terdiri daripada 3 orang bagi satu pasukan. Pejabat Pelajaran daerah menghantar 2 pasukan.


Ini adalah pasukan Pejabat Pelajaran Daerah yang terdiri daripada Azrun selaku ketua pasukan, aku dan Reza....Pasukan ini dapat tempat keenam dari 20 pasukan yang bertanding dengan purata jatuhan pin 170.0. Azrun seorang yang dapat melangkah ke acara masters.


Ini pula pasukan kedua Pejabat Pelajaran Daerah yang terdiri daripada Che Mad selaku ketua pasukan, Ghafar dan Shahrizan.


Ini antara aksi-aksi yang sempat dirakam sepanjang kejohanan..dan berita baiknya ialah.....


Azrun telah muncul sebagai Juara Masters dengan jatuhan pin 255 mengalahkan 14 peserta masters yang lain...terima kasih kat Azrun kerana selepas itu dia belanja kitaorang makan tengahari kat restoran depan taman rumah aku.Tahniah..

Khamis, 8 April 2010

Tennis MSSD Muar 2010


pada 6 dan 7 april yang lepas telah berlangsung kejohanan Tennis Majlis Sukan Sekolah Daerah Muar 2010 di komplek tennis remaja tanjung. sekolah aku menghantar 3 wakil iaitu Asyraf dan Akmal untuk L18 manakala Syafiq untuk L15. dan keputusannya Syafiq dalam penampilan sulungnya yang masih di tingkatan satu telah muncul naib Johan L15. abangnya pula Asyraf mendapat tempat ketiga dan Akmal mendapat naib Johan L18. Tahniah buat semua..aku pi sebagai pengadil pun ya, guru pengiring pun ya, jurulatih pun ya....hehehehe....thanx to Pak Ali yang banyak melatih mereka...


Syafiq menerima hadiah dan sijil untuk naib johan L15..Tahniah..Jangan malu-malu..


Asyraf menerima hadiah dan sijil untuk tempat ketiga L18..Tahniah..Cuba lagi..


Akmal menerima sijl dan hadiah untuk naib johan L18..Tahniah...tahun depan milik anda..

Selasa, 6 April 2010

Bawang Putih dan Bau Mulut


Abu Ayyub r.a meriwayatkan katanya: “Adalah Rasulullah SAW apabila baginda didatangkan makanan maka baginda memakan sebahagiannya dan yang lebihnya dikirim kepada ku. Pada suatu hari baginda mengirimkan kepada ku makanan yang lebih yang tidak pun dimakan sebahagiannya kerana padanya ada bawang putih. Saya bertanya kepada beliau: “Apakah ia haram? Baginda bersabda: “Tidak. Tetapi aku tidak menyukainya kerana baunya. Abu Ayyub berkata: “Sesungguhnya saya tidak menyukai apa yang anda tidak menyukainya.”

(HR Muslim)

Bau-bauan pada umumnya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap manusia dan haiwan. Banyak orang mahupun haiwan terus mengingati bau tertentu sepanjang hidup mereka. Orang yang mempunyai nafas yang berbau pula sering mendapat banyak masalah dalam pergaulan seharian mereka. Selama perbualan berlangsung biasanya orang yang berkomunikasi bersamanya akan berusaha menjarakkan diri atau cuba seboleh mungkin menahan nafas mereka. Bagi yang sering mendapat masalah bau mulut tentunya mereka akan berasa malu. Umumnya bau mulut disebabkan oleh faktor makanan yang dimakan seperti bawang putih, petai, jering, meminum alkohol (arak) atau menghisap rokok, disebabkan mulut kering atau kerana jangkitan penyakit/infeksi tertentu. Maka bagi mengurangi bau mulut adalah penting kita menjaga kebersihan mulut setiap hari. Tidak timbul masalah jika kita mahu memakan makanan yang disebutkan tadi (selain arak) asalkan kita segera mencuci mulut selepasnya. Jika tidak, pernafasan kita akan mengganggu orang lain terutamanya apabila kita mendirikan solat di dalam saf atau berkomunikasi dengan orang lain. Kekhusyukan dan perhatian mereka tentu akan terganggu. Justeru Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal kebersihan ini bukan sahaja pada tubuh badan, pakaian dan tempat solat bahkan juga pada bau mulut orang yang bersolat itu sendiri.

Ahad, 4 April 2010

Selamat Pengantin Baru HOR TPCC Johor


Selamat pengantin baru buat Hisham yang telah melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya pada 3 April lepas di Pt Yusof. Akad nikah telah berlangsung pada waktu pagi dan satu konvoi kelab persona dari Muar telah mengiringi pengantin lelaki dari Muar ke rumah pengantin perempuan di Pt Yusof.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Kepada Hisham semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan cepat dapat baby, boleh kawan dengan Alia dan Afif.....tahniah!


Gambar kenangan ahli kelab kereta persona dari Muar dengan pengantin 'raja sehari'..


Ini pula gambar semasa kenduri kahwin di rumah pengantin lelaki pada 4 april...macam Hang TPCC....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...