SELAMAT MELAYARI MYBLOG

MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA

Sabtu, 24 Julai 2010

Servis Kereta 20K


hampir 10 bulan aku membeli dan menggunakan kereta buatan Malaysia iaitu Proton Persona 1.6 dan alhamdulillah aku berpuas hati dengan 'perfomance'nya dan tiba hari ni sudah sampai ke tahap untuk menyelenggarakannya ke 'major service' selepas melalui 4 kali 'minor service'. setelah tempahan untuk servis dibuat pada sebelah pagi untuk aku datang pada petangnya, seperti yang dijanjikan aku sampai di Pusat Servis Eon jam 2.30 petang.


Aku orang pertama yang sampai di situ dan staf EON baru masuk selepas muslimin selesai menunaikan ibadah solat Jumaat. Pusat Servis EON melayanku dengan baik sekali dan  memberitahu pada ku anggaran kasar kos penyelenggaraan kali ini kerana ianya berbeza dari selalu. kali ini akan ditukar minyak enjinnya, penapis minyak, minyak gear, plug dan bermacam lagi. maknanya perlu ditukar apabila dah sampai tempohnya.

Ramai di  kalangan sahabatku menyuruh aku untuk melakukan servisnya di luar EON, harganya lebih murah berbanding di EON. Akan tetapi keretaku ini mempunyai waranti sehingga 175,000 atau 5 tahun yang mana sampai dahulu,dan kalau aku lakukan servisnya di luar dan terjadi sesuatu yang tidak diingini, maka amat susah bagiku untuk menuntut waranti.jadi aku berpendapat biar lah aku lebihkan duit sikit yang pasti aku tidur lena di malam harinya tanpa memikirkan risiko kerana semuanya 'under warranty'.

Ada kes di mana selepas tamat 'pantang' servis dengan EON ataupun Proton ataupun Perodua atau mana-mana pusat servis, mereka melakukan servis di luar, beli minyak enjin di luar, nasib tak baik terkena minyak enjin yang 'recycled' yang masih dalam bekasnya (mengikut cerita sahabat-sahabat), plug juga begitu. Apabila berlakunya 'jammed'. mereka refer kat pusat servis dan tuntut waranti. apabila dilakukan siasatan didapati minyak enjin tidak mengikuti speks yang sepatutnya dan tidak layak menuntut waranti.

Semalam pun semasa aku baru sampai, pusat servis dapat panggilan , sebuah kereta Savvy 'breakdown' kat dalam bandar dan tidak boleh 'start'.  Baru guna 1 tahun lebih, malangnya keahlian 'Sahabat EON' dah tamat, tak dapat la trak penunda percuma, dia pulak tidak memperbaharui keahlian tersebut.

Kembali kepada mypersona., sementara menunggu keretaku siap diservis, sempat la aku membuka laptopku dan melayari laman-laman web dan tidak lupa juga 'facebook. sempat lawan bowling lagi...Selepas 2 jam, keretaku siap dan aku terus membayar kos servis utama kali ini bernilai RM519.00. Bagi aku, ok dan aku tidak perlu memikirkan apa-apa kerana semuanya masih dalam waranti. Sebenarnya samada nak servis di pusat servis kereta yang betul ataupun di luar adalah terpulang kepada individu masing-masing. di sini aku cuma berkongsi pengalamanku dan kulontarkan untuk sahabat yang lain. Go mypersona.............!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...