SELAMAT MELAYARI MYBLOG

MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA

Selasa, 26 Januari 2010

Dari Hadith 40



Hadis Ketiga
" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "


Hadis Keempat
" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "

Isnin, 25 Januari 2010

KEUTAMAAN & KELEBIHAN MEMBACA AL QUR`AN


Dari Abu Musa Al-Asy`arit berkata, Rasulullah bersabda: "Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al Qur`an bagaikan buah limau baunya harum dan rasanya lezat. Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al Qur`an bagaikan kurma, rasanya lezat dan tidak berbau. Dan perumpamaan orang munafik yang membaca Al Qur`an bagaikan buah raihanah yang baunya harum dan rasanya pahit, dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al Qur`an bagaikan buah hanzholah tidak berbau dan rasanya pahit." Muttafaqun `Alaihi.

Merupakan suatu kewajiban bagi seorang muslim untuk selalu berinteraksi aktif dengan Al Qur`an, dan menjadikannya sebagai sumber inspirasi, berpikir dan bertindak. Membaca Al Qur`an merupakan langkah pertama dalam berinteraksi dengannya, dan untuk mengairahkan serta menghidupkan kembali kegairahan kita dalam membaca Al Qur`an, kami sampaikan beberapa keutamaan membaca Al Qur`an sebagai berikut :

1. Manusia yang terbaik
Dari `Utsman bin `Affan, dari Nabi bersabda : "Sebaik-baik kalian yaitu orang yang mempelajari Al Qur`an dan mengajarkannya." H.R. Bukhari.

2. Dikumpulkan bersama para Malaikat.
Dari `Aisyah Radhiyallahu `Anha berkata, Rasulullah bersabda : "Orang yang membaca Al Qur`an dan ia mahir dalam membacanya maka ia akan dikumpulkan bersama para Malaikat yang mulia lagi berbakti. Sedangkan orang yang membaca Al Qur`an dan ia masih terbata-bata dan merasa berat (belum fasih) dalam membacanya, maka ia akan mendapat dua ganjaran." Muttafaqun `Alaihi.

3. Sebagai syafa`at di Hari Kiamat.
Dari Abu Umamah Al Bahili t berkata, saya telah mendengar Rasulullah bersabda : "Bacalah Al Qur`an !, maka sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat sebagai syafaat bagi ahlinya (yaitu orang yang membaca, mempelajari dan mengamalkannya)." H.R. Muslim.

4. Ladang pahala.
Dari Abdullah bin Mas`ud t berkata, Rasulullah e : "Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah (Al Qur`an) maka baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan akan dilipat gandakan dengan sepuluh kali lipat. Saya tidak mengatakan "Alif lam mim" itu satu huruf, tetapi "Alif" itu satu huruf, "Lam" itu satu huruf dan "Mim" itu satu huruf." H.R. At Tirmidzi dan berkata : "Hadits hasan shahih".

5. Kedua orang tuanya mendapatkan mahkota surga
Dari Muadz bin Anas , bahawa Rasulullah bersabda : "Barangsiapa yang membaca Al Qur`an dan mengamalkan apa yang terdapat di dalamnya, Allah akan mengenakan mahkota kepada kedua orangtuanya pada Hari Kiamat kelak. (Dimana) cahayanya lebih terang dari pada cahaya matahari di dunia. Maka kamu tidak akan menduga bahwa ganjaran itu disebabkan dengan amalan yang seperti ini. " H.R. Abu Daud.

Jadikanlah Al-Quran itu surat cintamu,
jadikanlah Solat itu penghubung dengan tuhanmu,
jadikanlah dzikir itu kerinduanmu,
dan jadikanlah mati itu pertemuan pertama dengan kekasihmu....

Sekarang fikirkanah kali terakhir kita menyentuh dan membaca Al-Quran, baru beberapa minit yang lepas, beberapa jam, malam ini, pagi tadi, semalam, seminggu yang lepas, sebulan yang lepas, setahun yang lepas...

Jadikan membaca Al-Quran sebagai satu amalan dan budaya dalam kehidupan kita seharian. andai kata tidak mahir membaca dengan bertajwid maka carilah orang yang mahir tentang nya dan belajar lah kerana nabi kita ada berpesan untuk menuntut ilmu sejak bermula dari buaian sehinggalah ke liang lahad....

Ahad, 24 Januari 2010

Sultan Johor Mangkat


JOHOR BAHRU 22 Jan. – Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat malam ini selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.

Baginda berusia 77 tahun.

Almarhum mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu semalam kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di sini pada pukul 11.20 malam.

Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera dan puteri.

Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.

Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Petang ini, putera sulung baginda, Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor.

Berita mengenai kegeringan Sultan Iskandar diumumkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad pada pukul 5 petang.

Almarhum merupakan putera ketiga Almarhum Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan cicinda kepada Bapa Johor Moden, Almarhum Sultan Abu Bakar.

Sultan Iskandar, yang merupakan Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden, menerima pendidikan awal di Johor Bahru, sebelum melanjutkan pelajaran ke Australia dan United Kingdom.

Baginda yang merupakan Kolonel Yang Dipertua, Rejimen Perkhidmatan Khas Malaysia (Komando), sering kelihatan memakai uniform tentera pada upacara rasmi kerana minatnya dalam bidang ketenteraan.

Sabtu, 23 Januari 2010

Friday Prayer


Narrated Abu Huraira:

Allah's Apostle (p.b.u.h) said, "Any person who takes a bath on Friday like the bath of Janaba and then goes for the prayer (in the first hour i.e. early), it is as if he had sacrificed a camel (in Allah's cause); and whoever goes in the second hour it is as if he had sacrificed a cow; and whoever goes in the third hour, then it is as if he had sacrificed a horned ram; and if one goes in the fourth hour, then it is as if he had sacrificed a hen; and whoever goes in the fifth hour then it is as if he had offered an egg. When the Imam comes out (i.e. starts delivering the Khutba), the angels present themselves to listen to the Khutba."

Pengurusan Jenazah 2010









Pada hari Jumaat 22/1/2010, panitia Pendidikan Islam sekolahku mengadakan Sambutan Maal Hijrah peringkat sekolah. Acara ini agak terlewat walau bagaimanapun kita semua nak buat jugak dan pengisian ialah pengurusan jenazah. jadi paginya dimulakan dengan bacaan Yaasin yang diketuai oleh Ustaz Hafiz(baru pindah dari Sarawak). seterusnya Program Membudayakan Quran dengan membaca surah Al-Baqarah Ayat 186 yang diketuai oleh Ustaz Auzaai(baru posting dari UPSI) manakala aku mengendalikan tayangan slaid powerpoint tentang pengurusan jenazah bermula dari memandikan jenazah sehinggalah mengebumikannya. selepas itu ditayangkan video klip pengurusan jenazah yang aku muat turun dari 'you tube'. pelajar rehat dan selepas rehat, pengurusan jenazah diteruskan dengan praktikal secara 'live' yang dikendalikan oleh Imam Minhad dari kampung sini bermula memandikan, mengkafankan dan mensolatkannya. model pula diambil dari kalangan pelajar..Azim namanya..acara akhir hari ini ialah majlis tahlil yang diketuai oleh Ustaz Asri Al-Kedahi. pelajar dan guru akhirnya pulang dengan membawa bubur asyura yang dimasak oleh cikgu Mashudin dan gengnya. secara kesimpulannya semua berjalan dengan lancar dan mendapat maklumbalas yang baik dari pelajar dan guru. terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang memberikan komitmen yang tinggi bagi menjayakan majlis hari ini.

Khamis, 21 Januari 2010

SPM 2010


Kementerian Pelajaran Malaysia melalui surat pekeliling ikhtisas 1/2010 bertarikh 13 Januari 2010 telah meluluskan pelaksanaan dasar menghadkan jumlah maksimum (10) mata pelajaran dan penambahan (2) mata pelajaran tambahan dalam peperiksaan SPM 2010 iaitu tahun ini.

KPM mengambil kira pelajar boleh mendaftarkan tambahan (2) lagi mana-mana mata pelajaran selain daripada mata pelajaran teras. dengan kata lain mata pelajaran teras sememangnya wajib diambil oleh setiap pelajar dan boleh menambahkan bilangan mata pelajaran sehingga (12) mata pelajaran.

Jadi kepada para pelajar....fikirlah sebaik mungkin...dan kepada para guru pula....gunakan ilmu dan kamahiran yang ada untuk menasihatkan pelajar anda dalam pemilihan mata pelajaran yang sesuai dengan kemampuan mereka.

Rabu, 20 Januari 2010

5 Perkara Yang Elok Disebut-sebut


1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat.

2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat.Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan. Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat?

4. Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga. Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub.Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi).

5. Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain. Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain.
Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak.Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.

Selasa, 19 Januari 2010

Wajib lulus Bahasa Inggeris 2012


Kerajaan menimbang kemungkinan untuk mewajibkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lulus subjek Bahasa Inggeris sebagai syarat kelayakan untuk mendapatkan sijil menjelang tahun 2012.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pertimbangan itu adalah berdasarkan cadangan yang diterima daripada pelbagai pihak dan 85 peratus daripadanya bersetuju untuk melaksanakannya.

Bagaimanapun katanya, beberapa perkara penting perlu diperhalusi bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran subjek tersebut sebelum ia dilaksanakan.

“Kita tidak mahu terburu-buru dan kita kena pastikan tenaga pengajar mencukupi serta kualiti guru-guru terlibat meningkat.

“Tenaga pengajar luar dari United Kingdom dan Australia seperti yang dicadangkan oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut dipertimbangkan bagi tujuan tersebut,” katanya.

Jelas Mohd. Puad, untuk melaksanakan perkara tersebut, bahagian kokurikulum dan pentafsiran telah diarah melakukan kajian terperinci.

Isnin, 18 Januari 2010

Wajib Mendengar Dan Mematuhi


Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Mendengar dan mematuhi itu wajib ke atas setiap orang Islam sama ada dalam perkara yang ia suka atau tidak suka, selagi ia tidak disuruh melakukan maksiat. Apabila disuruh melakukan maksiat, tidak harus lagi didengar dan dipatuhi”

Pengajaran Hadith:
i) Peraturan yang baik dan menjurus ke arah kebaikan hendaklah dihormati dan dipatuhi. Begitu juga perlu ada kepatuhan terhadap ketua sama ada arahannya dipersetujui atau tidak, melainkan jika arahan itu menyalahi peraturan dan merupakan maksiat kepada Allah S.W.T.
ii) Menegur dan menasihati ketua yang mengarah melakukan perbuatan mungkar dan menyalahi adalah wajib kerana berbuat mungkar dan menyalahi peraturan itu merupakan suatu kezaliman. Sebaliknya ketua itu hendaklah diberi nasihat supaya tidak melakukan kemungkaran dan membuat sesuatu yang menyalahi undang-undang.

Sabtu, 16 Januari 2010

Kejohanan Merentas Desa 2010





ini pula gambar sekitar penyampaian hadiah..tahniah kepada pemenang


pada 15 Januari yang lepas, hari jumaat, telah berlangsung Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah. aku bertugas sebagai pegawai di 'checjpoint'. Kejohanan berlangsung dengan meriah dengan disertai hampir 90% pelajar sekolah yang dikategorikan kepada L13, P13, L15, P15, L18 dan P18. Merentas Desa ini dilepaskan oleh GPK 1 sekolahku memandangkan pengetua tiada kerana ada mesyuarat luar. kejohanan tersebut telah tamat pada jam 11 pagi. Sempatlah aku ambil beberapa keping gambar untuk tontonan semua.

Jumaat, 15 Januari 2010

Dari Hadis 40.......


Hadis Kedua

Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata :

Si pemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?
Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.

Si pemuda : Benar katamu. ( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku si pemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )
Si pemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ?
Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.

Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ?
Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.

Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?.
Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ?
Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi.

( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) :
Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?
Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.
Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.

Rabu, 13 Januari 2010

13,000 guru Bahasa Inggeris diperlukan


KUDAT 12 Jan. - Kira-kira 13,000 guru Bahasa Inggeris diperlukan bagi menampung kekurangan di sekolah seluruh negara yang kini berada pada tahap mendesak.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, tenaga pengajar dalam bahasa tersebut amat diperlukan bagi memastikan pencapaian dalam subjek itu tidak terjejas.

"Kementerian mendapati masalah kekurangan guru bahasa Inggeris begitu kritikal sekali malah hingga menjejaskan prestasi pelajar terutama di kawasan luar bandar," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melawat beberapa sekolah di Pulau Banggi yang memakan masa kira-kira sejam perjalanan dengan bot dari sini hari ini.

Katanya, antara punca utama kekurangan itu disebabkan keengganan guru yang mengajar bahasa tersebut untuk bertugas di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Sehubungan itu katanya, sebagai langkah segera mengatasi masalah tersebut, kementerian merancang mengambil 300 tenaga pengajar dari luar negara untuk melatih guru-guru tempatan mengajar subjek tersebut.

Dalam pada itu, beliau mengakui menerima banyak aduan daripada lulusan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang masih belum diserapkan sebagai guru oleh Kementerian Pelajaran.

Jelas Mohd. Puad, pihak kementerian memberi jaminan akan menyelesaikan masalah mereka yang berkelulusan sarjana muda pendidikan itu secepat mungkin.

(Sumber: Utusan Malaysia 13 Januari 2010)

Pemandangan Indah Blok Baru



minggu ni adalah minggu kedua persekolahan...semuanya berjalan dengan lancar sesi persekolahan baru buat warga sekolahku di mana pelajar bergerak ke kelas sementara guru menanti ketibaan mereka, ala ala universiti...tengah rehat sempat plak aku 'snap' gambar pemandangan blok baru sekolahku dan kantin baru berkebetulan orang PPD, YB Jorak dan YDP PIBG sedang melawat sekolahku...dengar cerita nak tambah Dewan Serbaguna....harap-harapnya betullah.....gambar ni diambil dari bilik resos aku Pendidikan Islam.

Fadhilat Lafaz Basmalah


• Barangsiapa membaca Bismillah 21X ketika hendak tidur maka aman ia dari syaitan, kecurian, maut mendadak dan bala.
• Barangsiapa membaca Bismillah ketika hendak bersetubuh(jimak) maka anaknya kelak cerdas dan terbuka hatinya serta menjadi anak yang soleh dan baginya kebajikan sejumlah tarikan nafas anaknya itu.
• Barangsiapa membaca Bismillah 41X pada telinga orang pengsan maka ia akan segera siuman.
• Barangsiapa membaca Bismillah 313X dan selawat atas Nabi Muhammad S.A.W 100X pada hari Ahad di saat matahari terbit dengan menghadap ke kiblat maka Allah Taala memberi rezeki tanpa di duga bersamaan fadhal dan kemurahan Allah Taala.
• Barangsiapa membaca Bismillah 786X di tiupkan pada air lalu di minumkan kepada orang yang bebal selama tujuh hari di saat matahari terbit maka lenyaplah kebebalannya dan ia akan hafal apa yang di dengarnya.
• Barangsiapa membaca Bismillah 50X di hadapan orang zalim atau penguasa yang bengis maka ia akan tunduk atau ketakutan.

Masyaallah.....lafaz begitu mudah akan tetapi kadang-kadang kita terlupa akan kehebatan dan keagungannya....bagi yang melaziminya alhamdulillah teruskan....bagi yang belum memulakan, mulakanlah jangan tunggu lagi....

Ahad, 10 Januari 2010

Oppressions


Narrated 'Abdullah bin Umar:

Allah's Apostle said, "A Muslim is a brother of another Muslim, so he should not oppress him, nor should he hand him over to an oppressor. Whoever fulfilled the needs of his brother, Allah will fulfill his needs; whoever brought his (Muslim) brother out of a discomfort, Allah will bring him out of the discomforts of the Day of Resurrection, and whoever screened a Muslim, Allah will screen him on the Day of Resurrection . "

Sabtu, 9 Januari 2010

Permohonan GC 2010

Pengumuman kepada semua guru...permohonan Guru Cemerlang 2010 telah diumumkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia surat bertarikh 5 Januari 2010. jadi semua guru boleh memuat turun borang, iklan, syarat dan lampiran di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia ataupun di pautan yang saya buat di 'sidebar' dalam blog ini. tarikh tutup 29 Januari 2010. terbuka kepada semua sekolah menengah dan sekolah rendah. Harap maklum....

Jumaat, 8 Januari 2010

Dari Hadis 40....


Hadis empat puluh adalah koleksi hadis-hadis yang disusun oleh Imam Nawawi di dalam kitab karangannya yang bernama Matan Arba'in. Terdapat sebanyak empat puluh dua buah hadis sabda junjungan Nabi Muhammad SAW yang membicarakan mengenai akidah dan tauhid di dalam Islam. Pentingnya karya Imam Nawawi ini sehingga Ibnu Hajar mengarang sebuah kitab bernama Fathul Mubin Li-Syarhil Arba'in yang mengupas dan mebincangkan hadis-hadis himpunan Imam Nawawi.

Hadis Pertama

" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'

Melihatkan kepada hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa betapa pentingnya niat dalam kehidupan kita. Setiap amalan dan ibadat kita didahulukan dengan niat seperti solat, puasa, haji, wudhuk dan sebagainya. apapun yang paling penting ialah segala amal ibadat yang dilakukan mestilah niatnya hanya Allah sahaja, tiada yang lain. Hayatilah hadis di atas semoga kita beroleh rahmat serta taufik dan hidayah dariNya.

Rabu, 6 Januari 2010

10 PERKARA YANG MEMATIKAN HATI


1.Kamu kenal Allah, tetapi kamu tidak nenunaikan haknya.
2.Kamu membaca Al Quran tetapi kamu tidak laksanakan ajarannya dan perintahNya.
3.Kamu kata cinta kepada Rasululhah, tetapi kamu tidak mengikuti sunnahnya
4.Kamu tahu bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu bersekutu dengannya.
5.Kamu berkata kamu cintakan syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya
6.Kamu kata kamu takutkan neraka, tetapi kamu gadaikan diri kamu untuknya.
7.Kamu tahu bahawa mati itu benar dan pasti akan datang, tetapi kamu tidak membuat
persediaan untuk selepas kamu mati.
8.Kamu selalu sibuk dengan keaibban saudara-saudara kamu, tetapi kamu lupakan diri kamu sendiri.
9.Kamu gunakan nikmat Allah, tetapi kam tidak bersyukur kepadaNya
10.Kamu timbus mayat-mayat, tetapi kami tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Nauuzubiillah hi min zalik, la samahallaah....

SMKBP Berwajah Baru


Selamat kembali ke sekolah kepada semua warga sekolah samada guru, pelajar dan sebagainya dan diharapkan 2010 membawa lebih banyak sinar dan harapan buat semua. Untuk SMKBP plak, berwajah baru apabila kami dapat merasmikan penggunaan 2 blok baru iaitu blok F dan blok G. dan pengetua memperkenalkan sistem persekolahan 'ala kolej atau univesiti' di mana guru diberikan bilik-bilik kelas yang dinamakan sebagai bilik sumber (bilik resos) dan pelajar yang kan bergerak dari kelas ke kelas mengikut subjek pada masa tersebut. untuk GPI, kami dapat 4 bilik dan kami mengalukan ketibaan 3 guru agama baru yang berpindah ke sini. alhamdulillah bilik resosku dilengkapi dengan LCD projektor, skrin dan sebagainya...ya....memang itu yang kuharapkan akan dapat membantu aku dalam p&p nanti. apapun....selamat bertugas..

Ahad, 3 Januari 2010

Zina Merosakkan Manusia



Kebebasan sesuatu yang dicari manusia, tetapi yang menakutkan ialah kebebasan membuatkan manusia terbabas. Bebas daripada ikatan agama, menjadi seperti haiwan tiada sebarang kawalan, membujur lalu melintang patah.

Kehidupan remaja yang sebegini amat dibimbangi. Remaja adalah harapan segalanya, harapan bangsa, agama dan negara. Baik remaja cemerlanglah masa depan negara, rosak mereka kelamlah masa depan.

Bebas dalam pergaulan amat dibimbangi. Lelaki perempuan jika sudah tiada batasan dalam pergaulan amat ditakuti terjerumus dalam kancah maksiat.

Berkawan memang boleh untuk belajar, berkenalan dan bersembang tetapi jangan sampai tidak terkawal. Islam dengan lengkap menunjukkan jalan dan batasnya.

Berzina seakan-akan wabak menyerang minda sesetengah remaja yang menganggap ini soal peribadi.

Dosa aku, aku tanggung. Kubur masing-masing, kamu punya kubur kamu jaga, aku punya kubur aku jaga. Itu salah!!!. Kubur kita orang lain yang gali. Kadang-kadang kubur orang lain kita yang gali.

Zina ertinya melakukan hubungan kelamin tanpa hubungan perkahwinan yang sah. Hukumnya adalah dosa besar dan menurut perundangan Islam disebat sebanyak seratus rotan kalau penzina itu belum berkahwin manakala hukum rejam sampai mati dikenakan kepada pasangan yang telah berkahwin.

Hukuman ini berkuat kuasa walaupun pasangan penzina ini melakukannya hanya sekali.
Yang mesti dihindari bukan saja berzina tetapi juga sebab-sebab yang membawa kepada perzinaan.

Islam satu agama yang amat releven dan penuh idea bukan hanya menumpukan isu rawatan tetapi terlebih dulu memberikan idea pencegahan. Semua tahu mencegah lebih baik daripada merawat.

Dalam hal ini Allah sebagai Tuhan yang amat mengetahui menyebut dalam al-Quran: “Janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu sangat menjijikkan dan jalan yang sangat jelek.”

Berdua-duaan dengan pasangan bukan mahram adalah haram. Di dalam kereta berdua-duaan, di dalam rumah berdua-duaan, menaiki motor apa lagi saling merapat-rapat lagi haram.

Dalam satu hadis melaporkan, apabila lelaki dan perempuan berdua-duaan berbondong-bondonglah tentera iblis mengerumuni untuk menggoda supaya melakukan maksiat.

Bagi memahami dengan lebih jelas lagi berlakunya zina akibat berdua-duaan mari kita melihat satu hadis nabi yang bermaksud: “Dua mata yang berzina (saling bertentangan mata) telinga berzina (saling dengar pujuk rayu), lidah berzina (cakap-cakap) zina tangan (berpegangan) zina kaki (melangkah pergi jumpa) zina hati (keinginan dan khayal seks) dan yang membenarkan semua zina anggota itu ialah zina kemaluan.

Apabila nafsu sudah ditawan syaitan al-maluun manusia menjadi bodoh dan dungu. Akal sudah tidak berfungsi lagi malah pada waktu itu kadangkala suara iman sudah tidak menasihati lagi. Jika terdetik berdosa akan ‘diterjah’ dan akhirnya iman terkeluar dan tercampak ibarat kereta yang tidak dapat dikawal lagi terus terbabas.

Jadi kita semua mesti sedar tentang betapa pentingnya menghindari dari perbuatan yang boleh menjurus ke arah zina. Ibu bapa sepatutnya memainkan peranan yang penting bagi memastikan setiap pergerakan anak-anak berada di dalam pengetahuan mereka, dengan siapa mereka keluar, pergi kemana, naik apa, bila pergi, bila nak balik. Bapa pula janganlah meletakkan 100% hal ini kepada ibu sedangkan kebanyakan anak-anak akan merasa takut dan lebih hormatkan bapa berbanding ibu.

Guru di sekolah terutama ustaz dan ustazah juga haruslah memainkan peranan dengan memberikan garis panduan yang betul dalam pergaulan sesama lelaki dan perempuan. Renung-renungkanlah............

Sabtu, 2 Januari 2010

10% markah Kokurikulum masuk IPTA



Pemilihan kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi program pengajian lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah berasaskan 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Radin Umar Radin Sohadi berkata, 10 peratus markah kokurikulum akan diselaraskan oleh Kementerian Pelajaran yang bertanggungjawab menilai penglibatan pelajar dalam aktiviti tersebut.

''Markah kokurikulum yang diperoleh akan dipadankan dengan markah akademik yang diperoleh daripada agensi peperiksaan seperti Majlis Peperiksaan Malaysia; Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran serta Lembaga Peperiksaan untuk tujuan pemilihan pelajar ke IPTA.

''Dasar perkongsian data Kementerian Pengajian Tinggi dengan agensi peperiksaan dan Kementerian Pelajaran meningkatkan integriti dan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Radin Umar berkata, perkara tersebut perlu dijelaskan selepas pihaknya menerima beberapa pertanyaan daripada orang ramai yang masih tidak pasti dengan kaedah pengiraan markah untuk masuk ke IPTA.

''Kementerian telah mengedarkan risalah lengkap ke semua sekolah menengah mulai minggu pertama November bagi menerangkan prosedur permohonan dan pemilihan ke IPTA.

''Pemohon digalakkan mendapatkan bimbingan, khidmat nasihat dan panduan yang jelas serta tepat daripada guru bimbingan dan kaunseling di sekolah sebelum mengemukakan permohonan ke IPTA," katanya.

Tambahnya, orang ramai boleh melayari laman web upu.mohe.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

''Orang ramai juga boleh mengunjungi Karnival Pengajian Tinggi di 10 zon terpilih dari 9 Januari hingga 29 Mac 2010 untuk mendapatkan nasihat mengenai IPTA, institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), politeknik, kolej komuniti dan institusi pendidikan tinggi lain," katanya.

Selamat Kembali Ke Sekolah




bermula 29hb Disember yang lepas, sekolahku mula sibuk dengan mesyuarat bagi tahun 2010. Selasa dimulakan dengan meyuarat guru pertama bagi 2010 yang dipengerusikan oleh Pengetua sendiri, Mr Toh Cheng Hwa. Rabu ada mesyuarat ko-kurikulum dan mesyuarat kurikulum yang dipengerusikan oleh GPK masing-masing. Khamis dengan mesyuarat AJK Pendaftaran Sekolah dan mesyuarat HEM. Jumaat dengan pendaftaran pelajar tingkatan satu (1) dan Peralihan..manakala Sabtu dengan pendaftaran pelajar tingkat dua, tiga dan lima serta tidak lupa juga enam atas. semuanya berjalan lancar alhamulillah....

Khamis, 31 Disember 2009

Tahun baru..apa perancangan anda sebagai pelajar?


Kedatangan tahun baru 2010 dinantikan dengan penuh sabar terutama bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM. Ada di kalangan pelajar tahun ini di tingkatan 6 rendah, tingkatan 4, darjah 5 merasakan tahun 2009 berlalu dengan cepat dan tahun ini dikenali sebagai tahun bulan madu....semuanya releks....tahun 2010 baru mula belajar katanya.

Ingatlah wahai anak-anak pelajar, kejayaan tidak akan datang bergolek. mulai awal tahun depan, mulakan langkah untuk menghadapi peperiksaan. jangan tunggu sehingga di saat akhir baru nak bertindak...meminjam kata-kata seorang motivator semasa saya berkursus di JB 4 tahun lalu, orang kita suka jadi "the last minuters", buat kerja di saat akhir.

Jadi tetapkan nekad dalam hati untuk bersedia dari awal dengan memulakan dengan langkah-langkah yang bergaya seperti ;-

1. Tetapkan Matlamat/ Target/ Sasaran
2. Buat Perancangan Strategi Pelaksanaan
3. Buat jadual waktu belajar.
4. Disiplin diri
5. Usaha perlu gigih
6. Tawakal

Renung-renungkanlah....

Hubungan Suami Isteri


Narrated Ibn 'Abbas:

The Prophet said, "If anyone of you on having sexual relations with his wife said (and he must say it before starting) 'In the name of Allah. O Allah! Protect us from Satan and also protect what you bestow upon us (i.e. the coming offspring) from Satan, and if it is destined that they should have a child then, Satan will never be able to harm that offspring."

jadi, berdoalah kita dan bacalah Basmalah sebelum kita melakukan sesuatu semoga diredhai Allah dan mendapat lindungan dan rahmat serta hidayah dari Nya...Amin..

Rabu, 30 Disember 2009

Mesyuarat Guru


pada 29hb Disember Selasa, telah berlangsungnya mesyuarat guru pertama bagi tahun persekolahan 2010, diadakan di bangunan baru blok F.seperti biasa, ucapan dari pengetua dari pagi sampai tengahari...nama pun mesyuarat..dalam analisis pmr 2009, alhamdulillah subjek aku pendidikan islam naik 5% berbanding pmr 2008. jadi tugas semakin berat untuk mengekalkan peratus tersebut. aku tertarik dengan slaid dari pengetua aku....aku salinkan semula..

"This is a story about four people named Everybody, Somebody, Anybody and Nobody. There was an important job to be done and Everybody was sure that Somebody would do it. Anybody could have done it, but Nobody did it. Somebody get angry about that, because it's Everbody's job. Everybody thought Anybody could do it, but Nobody realised that Everybody wouldn't do it. It ended up that Everybody blamed Somebody when Nobody did what Anybody could have done"

Renung-renungkanlah....

Isnin, 28 Disember 2009

AMALAN SEPANJANG TAHUN


• Sembahyang Fardhu Berjemaah - utamanya dimasjid/surau
• Mendirikan sembahyang sunat yang tertentu khususnya sunat tahajjud dan witir di waktu malam, juga sunat dhuha, awwabin, tasbih, rawatib dan lain-lain
• Membaca Al-Qur'an dan berusaha memahami bacaannya
• Menghadiri majlis ilmu seperti ceramah, kelas ugama dan sebagainya
• Puasa sunat pada hari-hari isnin dan khamis
• Membaca segala wirid/doa harian yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.
• Memperbanyak dan membiasakan bersedekah
• Mengerjakan umrah jika mampu, terutama di bulan Ramadhan
• Memelihara mulut, mata, telinga dan anggota-anggota lain dari perbuatan maksiat dan keji
• Menziarahi saudara/sahabat yang sakit
• Mengingati mati, menyembahyangkan mayat dan menghantarnya ke kubur
• Menziarahi sahabat handai, saudara-mara, orang-orang alim dan tuan-tuan guru

Sabtu, 26 Disember 2009

28,188 pelajar PMR peroleh semua A


Pencapaian calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini adalah lebih baik dengan seramai 28,188 orang atau 6.37 peratus calon memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

Semua mata pelajaran menunjukkan peningkatan dari segi jumlah calon yang mendapat gred A kecuali Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Punjabi, Bahasa Iban dan Kemahiran Hidup (Perdagangan dan Keusahawanan).

Dari segi ukuran gred purata mata pelajaran (GPMP) pula, semua mata pelajaran kecuali Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab Komunikasi dan Bahasa Punjabi telah meningkat atau tidak berubah.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, seramai 63.65 peratus daripada 442,721 calon PMR berjaya mencapai minimum gred D dalam semua mata pelajaran yang diambil berbanding 62.93 peratus pada 2008.

Beliau berkata, jumlah pelajar yang mendapat gred E atau sangat lemah dalam semua mata pelajaran pula menunjukkan penurunan daripada 440 orang (0.10 peratus) pada 2008 kepada 397 (0.09 peratus) tahun ini.

Beliau berkata, Kementerian Pelajaran buat pertama kalinya memperkenalkan Pendidikan Kesenian dalam empat bidang iaitu Tari, Muzik, Teater dan Seni Visual di Sekolah Seni Johor Bahru dan Sekolah Seni Kuching.

''Pencapaian keempat-empat bidang kesenian ini ditaksir oleh guru dan pentaksir luar dari Akademi Seni Budaya dan Warisan, Balai Seni Lukis Negara dan Istana Budaya.

''Seramai 84 orang daripada 624 calon Pendidikan Kesenian telah mendapat Band Empat iaitu Band yang tertinggi dan seramai 12 orang calon sekolah seni memperoleh gred A dalam semua pelajaran yang diambil dalam PMR," katanya.

Tahniah buat semua guru di Malaysia....

Rabu, 23 Disember 2009

Niat


Narrated 'Umar bin Al-Khattab:

The Prophet said, 'O people! The reward of deeds depends upon the intentions, and every person will get the reward according to what he has intended. So, whoever emigrated for Allah and His Apostle, then his emigration was for Allah and His Apostle, and whoever emigrated to take worldly benefit or for a woman to marry, then his emigration was for what he emigrated for."

Jadi, niat itu sangat penting dalam kehidupan kita....dan semua amalan yang dilakukan hendaklah berserta dengan niat kita...insyallah lillahi taala...

Selasa, 22 Disember 2009

Jangan Kedekut @ Tamak !


Abu Hurairah r.a berkata : “Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW maka bertanyalah ia : “Ya Rasulullah, sedekah manakah yang paling besar pahalanya? Nabi menjawab: “Sedekah yang engkau berikan sedangkan engkau dalam keadaan sihat dan sangat sayang kepada harta, engkau takut kepapaan dan engkau harapkan kekayaan. Dan janganlah engkau menangguhkan pemberian sedekah sehingga apabila roh engkau telah hampir ke kerongkong berkatalah engkau : “Untuk si anu begini, untuk si anu begini. Sesungguhnya si polan itu telah memilikinya.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Islam menganjurkan kita agar bersedekah dalam keadaan sihat. Kerana sesungguhnya bersedekah dalam keadaan sihat itu lebih besar pahalanya daripada bersedekah dalam keadaan sakit dan menampakkan lagi keikhlasan kita dalam melakukan kebajikan di jalan Allah SWT.

Apabila disebut bersedekah, ianya mempunyai maksud yang sangat luas. Kita mungkin hanya memikirkan tentang anak yatim, orang miskin, sedekah kat masjid akan tetapi di sini ingin aku ceritakan ruang sedekah yang mungkin kita tidak nampak iaitu bersedekah kepada orang tua yang sedang makan bersendirian di warung atau restoran. Mudah sahaja, kita dan famili makan di warung, nampak ada seorang tua sedang makan, bila kita bayar bil kita, bayarkan sekali bil orang tua itu dengan tanpa memberitahunya. Apalah sangat sekadar belanja makan seorang tua yang mungkin orang kaya tetapi yang aku pentingkan di sini ialah ikhlas. Aku banyak belajar dari abahku sendiri. Cuba-cubalah renungkan. kita mampu belanja kawan-kawan kita makan, sekali sekala cubalah belanja orang tua yang kita tidak kenal....

Isnin, 21 Disember 2009

11 Golongan Neraka


Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-

"Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan
oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat
ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut
kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda
menjawab:

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12
golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan
sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka
adalah seperti berikut:-

1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana
mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka
melengah-lengahkan solat lima waktu.

3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular
dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang
berdusta.

5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan
mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah
balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan
darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan
kebenaran.

8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan
kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati
sebelum bertaubat.

9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api.
Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang
menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua
ibu bapanya.

11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk,
bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar
kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.


Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:

12.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas
titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal salih
dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati
dalam keadaan bertaubat."

Rabu, 16 Disember 2009

Pengetua, guru besar diberi kuasa


Pengetua dan guru besar mungkin diberi kuasa untuk mengambil dan memecat mana-mana guru pada masa akan datang.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi ketika membayangkan perkara itu berkata, kuasa berkenaan boleh 'diperturunkan' kepada pengetua dan guru besar memandangkan mereka lebih mengenali prestasi setiap guru.

"Kemungkinan suatu hari nanti mereka (pengetua dan guru besar) boleh mengambil dan memecat. Ia bagi membantu mereka mengenal pasti guru yang berdedikasi dalam membantu mewujudkan sekolah yang cemerlang," katanya.

Menurut Mohd. Puad, langkah luar biasa itu adalah sebahagian daripada usaha kementerian tersebut untuk melakukan revolusi dalam bidang pendidikan negara.

Mengulas lanjut mengenai revolusi itu, beliau menambah, semua guru turut diwajibkan melafazkan aku janji (baiah) baru.

Jelasnya, aku janji tersebut bagi memastikan tiada lagi guru-guru selepas ini mohon untuk bertukar selepas hanya dua tahun bertugas walaupun atas alasan mengikuti suami atau sebagainya.

"Ini juga sebahagian perubahan minda kepada guru-guru agar mereka menampilkan prestasi terbaik. Melalui akur janji ini kementerian tidak lagi melayan permohonan pertukaran yang kurang dari tempoh dua tahun," jelasnya.

Renung-renungkanlah ..................

Isnin, 14 Disember 2009

Marriage (Perkahwinan)


Narrated Anas bin Malik:

A group of three men came to the houses of the wives of the Prophet asking how the Prophet worshipped (Allah), and when they were informed about that, they considered their worship insufficient and said, "Where are we from the Prophet as his past and future sins have been forgiven." Then one of them said, "I will offer the prayer throughout the night forever." The other said, "I will fast throughout the year and will not break my fast." The third said, "I will keep away from the women and will not marry forever." Allah's Apostle came to them and said, "Are you the same people who said so-and-so? By Allah, I am more submissive to Allah and more afraid of Him than you; yet I fast and break my fast, I do sleep and I also marry women. So he who does not follow my tradition in religion, is not from me (not one of my followers)."

Renung-renungkanlah wahai manusia......

Sabtu, 12 Disember 2009

3 cara syaitan memperdaya anak adam....


SYAITAN adalah musuh orang beriman yang menggunakan pelbagai cara untuk mengganggu dan menghasut anak Adam agar menyeleweng serta melakukan dosa.

Keangkuhan syaitan menyebabkan ia mengganggu beberapa nabi dan rasul dengan menyamar untuk memerangkap serta memperdayakannya.

Dalam satu riwayat dinyatakan bahawa Nabi Musa pernah didatangi syaitan. Berikut adalah sebahagian dialog Nabi Musa dengan syaitan. Syaitan berkata: Wahai Musa, engkaulah yang dipilih Allah untuk membawa risalahnya-Nya dan engkaulah yang sentiasa berkata benar. Aku salah satu makhluk telah berdosa dan mahu bertaubat. Mohonkanlah kepada Tuhan agar diberikan taubat kepadaku.

Selepas itu Nabi Musa memohon kepada Tuhan dan diperkenankan, lalu baginda menemui syaitan. Baginda berkata: "Wahai syaitan, engkau sudah diperintahkan sujud hormat kepada kubur Nabi Adam dan setelah itu, barulah taubatmu diterima Tuhan."

Namun sebaik saja mendengar nama Nabi Adam, syaitan naik angin dan marah dengan memperlihatkan sifat takburnya. Syaitan berkata: "Sewaktu Adam masih hidup, aku tidak sujud, inikan pula sesudah dia tidak ada."

Wahai Musa, sesungguhnya engkau berhak menerima balasan daripada aku kerana engkau sudah memohon syafaat (pertolongan) kepada Allah untuk pengampunanku. Namun, ingatlah wahai Musa mengenai 3 perkara, nescaya aku tidak membuat kebinasaan ke atasmu.

Nabi Musa berkata: "Apakah 3 perkara itu? Lalu syaitan menjawab: "Pertama, ingatlah ketika kau sedang marah, aku akan membawa bisikan ke dalam hatimu. Mataku akan berada dalam matamu dan aku berjalan di dalam tubuhmu menurut perjalanan darah.

"Kedua, ketika kau bertempur di medan perang menghadapi musuh, aku akan datang mengingatkan kamu kepada anak, isteri dan keluarga agar berundur secara teratur. "Ketiga, berhati-hatilah duduk dengan perempuan bukan muhrim kerana aku akan menjadi penghubung antara kau dan perempuan itu dan di antara perempuan itu dengan engaku."

Inilah antara sifat syaitan yang pasti akan memusuhi anak Adam dengan pelbagai cara untuk menunjukkan keangkuhan dan kesombongan dirinya.

Pada syaitan, martabat bani Adam cukup rendah berbanding dirinya yang diciptakan daripada api

AlFatihah


AlFatihah buat Ust Arman Md Rusoff...atase pendidikan di MSD Jordan yang telah kembali ke rahmatullah akibat serangan strok....Allahyarham merupakan seorang yang baik dan aku mula mengenalinya ketika sama-sama berkursus di Pusat Bahasa Arab Nilam Puri, Kelantan sebagai kursus wajib sebeum sama-sama melanjutkan pelajaran di Timur Tengah....destinasi kami adalah Jordan pada september 1993. dia dapat University of jordan manakala aku di Mu'tah University. tetapi hubungan dengan kami dekat sebab isterinya sama universiti ngan aku. aku harap isterinya Ustazah Suriani dan anak2nya tabah dan sabar dengan dugaan...berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...sebenarnya aku mengharapkan dan yakin kita semua mengharapkan beliau akan sembuh...2-3 hari kebelakangan ini macam2 sms dan shoutbox di blog beliau tentang keadaannya....kuharap berita ini tidak benar walaupun kawan2 lain dah maklumkan pada aku dan ada yang masih lagi percaya Ust Arman still kat ICU dan masih hidup..itu yg kuharapkan...tetapi andaikata ini sudah suratan beliau telah pergi...kita relakan pemergiannya....barangkali lepas ini giliran kita pula......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...